Anggap PKP Fasa Ke-2 Tak Berkesan, 300 Orang Asli Pindah Masuk Hutan

15 April, bermulalah fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan lanjutan tempoh sehingga 28 April dek kerana sesetengah rakyat yang bertindak keluar rumah tanpa sebab yang kukuh.

Perkara ini menyebabkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) gagal mencapai matlamat sifar kes wabak COVID-19 dalam masa yang dirancang. Kesan daripada itu, penduduk Orang Asli Kuala Koh seramai 300 orang berpindah ke kawasan hutan sejak dua minggu lalu.

Sumber: harianmetro

Perkara ini dimaklumkan oleh Guru Agama Islam Orang Asli Kampung Kuala Koh, Mohd Fadzly Mahmod sewaktu Majlis Belia Jajahan (MBJ) datang ke kampung tersebut yang ingin menghulurkan bantuan makanan tetapi terpaksa berpatah balik kerana tiada sesiapa di situ.

“Penduduk berpindah ke dalam hutan kerana bimbang dijangkiti COVID-19 dan mereka berpindah secara berperingkat ke kawasan hutan dan semua rumah ditinggalkan kosong sejak minggu lalu,” jelas Fadzly.

Tinjauan daripada laporan Harian Metro mendapati, mereka membina khemah dalam hutan yang jauh daripada kampung itu dan lokasi berkenaan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki.

Well, semua takut dengan penularan wabak pandemik ni. Harapnya ada sinar indah di sebalik dugaan yang melanda dunia.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pemuda Ini Beri Hadiah Untuk Semua Kanak-Kanak Orang Asli Yang Ditahan Polis

Jangan Ingat Bakteria Tak Boleh Lekat Pada Telefon, Ini Cara Efektif Cuci Aksesori

 

 

 

 

Sumber: HM

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna