Anda Perlu Cuba Resipi Oreo Milkshake Yang Berkhasiat

Membuat air hidangan milkshake sebenarnya sangat mudah. Hanya mengisar kesemua bahan yang disediakan sehingga hancur tapi untuk mendapatkan tekstur dan rasa milkshake yang sempurna sebenarnya memerlukan keseimbangan dalam setiap bahan.

Tak kiralah milkshake perasa apa pun, kunci utamanya adalah nisbah bahan yang digunakan dalam proses membuat minuman berkhasiat ini. Sebenarnya tak ada istilah salah mahupun betul, asalkan bahan asas untuk membuat milkshake cukup, anda dah boleh buat dengan mengisar.

via GIPHY

Cuma bukankah lebih bagus kalau kita tahu cara yang tepat? Barulah rasa diri ni tukang masak termasyur dekat dapur sendiri, ihiks! Jom tengok apa tip dia.

Bahan-bahan

  1. Sebiji Pisang yang telah dibekukan
  2. 3 Biji Oreo
  3. 2/3 Cawan susu
  4. 1/4 Sudu kecil essence vanila

Cara penyediaan

  1. Potong pisang kepada saiz yang lebih kecil. Oreo pula dipatahkan empat atau dua bahagian.
  2. Kisar kesemua bahan di atas sehingga hancur atau tekstur lembut. Tak terlalu likat, tak terlalu cair.
  3. Hidangkan! Kalau nak yang sejuk, simpan dalam peti ais terlebih dahulu selama 30 minit dan minum!

Tip

  1. Jika boleh, masukkan susu terlebih dahulu ke dalam mesin pengisar kerana bahan lebih mudah untuk dikisar.
  2. Untuk mengelakkan milkshake kurang umph! Elakkan menggunakan susu heavy krim.

Sebab apa kami kata ia resipi milkshake yang berkhasiat? Kerana kami tidak menggunakan aiskrim vanila tapi kami gantikan dengan essence vanila. Malah, campuran buah pisang juga memain peranan besar bagi menghasilkan minuman kaya dengan vitamin dan juga kandungan gizi yang bertenaga.

Selamat mencuba!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik artikel berikut:

4 Jenis Makanan & Minuman Yang Dapat Mengurangkan Tekanan ,

4 Idea Makanan Ringkas Bila Anak Tak Lalu Makan Nasi

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna