Anda Kena Tahu Dekat Mana Kita Dibolehkan Buka ‘Face Mask’

Dah masuk bulan Ogos, nampaknya semua dah tahu yang kerajaan telah mengetatkan syarat untuk mewajibkan semua warganegara Malaysia mengenakan mask bagi menghalang penyebaran COVID 19.

Bukan apa, sejak semalam. Bermacam kluster mula timbul dan aktif terutamanya di negeri-negeri sebelah utara. Namun begitu, tidak sedikit juga yang keliru dengan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa. Bila yang kita boleh pakai mask, dan dekat mana pula tempat yang kita dibolehkan untuk tidak memakai mask?

Sumber: mainichi

Semasa sidang media baru-baru ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun membuat penjelasan bahawa rakyat Malaysia diwajibkan memakai mask di tempat awam seperti di dalam MRT, KTM, dan kalau anda menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Bukan itu sahaja, anda juga wajib pakai mask kalau ke tempat yang sesak dan ramai orang. Contohnya dekat pasar, panggung wayang, pasaraya, majlis doa selamat atau di mana sahaja yang anda nampak ramai orang berkumpul.

Sumber: Malaymail

Namun begitu, ada juga beberapa keadaan yang anda dibolehkan untuk tak pakai mask langsung. Keadaan itu hanyalah :

  1. Di dalam rumah
  2. Di dalam kereta persendirian

Selain itu, anda juga tak perlu pakai mask kalau sedang bersenam. Kanak-kanak bawah umur 2 tahun pun tak perlu pakai. Tapi sebolehnya janganlah bawa mereka ke tempat yang sesak. Bahaya tau.

Donna nak ingatkan kepada semua agar sentiasalah jaga jarak fizikal anda dan elakkan tempat-tempat sesak jika tiada keperluan. Jangan ingkar arahan kerajaan, nanti kena saman!

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna