Anak Tarik Muka? Jom Bawa Mereka Ke Tempat Ni Memang Unik Habis

Cuti sekolah hujung minggu adalah waktu paling digemari anak-anak dan mengaku atau tidak, ia juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa juga. Para ibu di luar sana kena alert golongan kanak-kanak ni sama juga seperti anda, bila dah penat bekerja pasti mahu melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menenangkan fikiran.

Sekali sekala kena lah juga keluar berjalan, baru produktif dan mereka boleh meneroka sesuatu yang baru. Bukan itu sahaja, bila anak bawa mereka keluar bersama secara tidak langsung mereka akan belajar sesuatu yang baru. Anda pun boleh la cuci mata sekali hiks! Jom kali ni Donna cadangkan anda bawa anak-anak bermain dan berseronok di tempat ini.

Image result for breakout real escape game

Sumber: tripadvisor

Breakout Real Escape

Pernah dengar tentang ‘Role Playing Games’? Ia betul-betul terletak di hadapan KLCC, iaitu Avenue K, apa yang menariknya permainan ini dapat meningkatkan keyakinan anak-anak dan dalam masa yang sama menguji minda mereka. Ibu bapa pun boleh turut main sekali tau!

Camp5

Tak mahu anak duduk diam, takut mereka kurang aktif. Ini lah tempatnya, Camp5 mengadakan permainan indoor rock climbing yang lebih selamat dan selesa, siap ada aircond lagi okay. Jadi ibu bapa tidak perlu risau, hanya buat pilihan route bersesuaian untuk anak anda kemudian ibu bapa boleh pergi shopping. Mudah dan selamat kan?

Related image

Sumber: thesundaily

Dinoscovery

Anak-anak minat dengan haiwan atau binatang purba seperti dinasour, haa apa kata anda bawa mereka ke sana. Ia merupakan taman dalaman dinasour dan semuanya mempunyai bentuk yang interaktif. Memang nampak real! Lagi best anak-anak anda siap boleh berlumba dengan dinasour. Walaupun tempatnya kecil, tapi aktiviti yang boleh dilakukan memang seronok dan boleh memaksimumkan masa dengan sebaik mungkin.

Tapi kalau nak lagi best dan jimat, apa kata anda klik sahaja di link ini, kerana Superdeals menawarkan harga yang murah untuk kanak-kanak berkunjung ke Aquaria KLC. Tunggu apa lagi jangan lepaskan peluang ini, nanti habis pula menyesal tak sudah. Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Tak Perlu Sampai Ke Venice Dekat Thailand Pun Ada Santorini!

 

 

 

 

Sumber: siraplimau

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna