“Anak Saya Pun Ikut Sekali…” – Keluarga Agama Hindu Bagi Jiran Solat Di Rumahnya

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang kematian seorang individu berkulit hitam, George Floyd akibat seorang anggota polis menekan bahagian tengkuk George menggunakan lutut.

Video tersebut menunjukkan George meronta-ronta kesakitan dan merayu untuk dilepaskan kerana sukar untuk bernafas. Selepas lapan minit bertarung nyawa, George akhirnya mati ditempat kejadian.

Kejadian ini berlaku dikatakan berpunca daripada isu perkauman kerana di Amerika, mana-mana individu berkulit gelap, akan dilayan dengan teruk walaupun mereka melakukan kesalahan kecil.

Security Camera Shows Additional Footage of George Floyd's Arrest

This surveillance camera captured additional footage of George Floyd’s fatal arrest (warning: distressing)via NowThis

Posted by NowThis Daily on Wednesday, May 27, 2020

“Anak saya pun tiru sahabatnya solat…”

Lain pula terjadi di Malaysia apabila sebuah keluarga menganuti agama Hindu membenarkan anak jirannya yang bergama Islam mendirikan solat di rumahnya. Biar betul? Susah nak dapat situasi begini.

Menurut pemilik rumah yang bergama Hindu, Maan Grouper, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi anak jirannya sering datang ke rumahnya membawa sejadah untuk mengerjakan sembahyang.

“#sayanotoracism”…

Lebih mengejutkan lagi, anaknya yang berusia 2 tahun turut ikut pergerakan solat dan dirinya sama sekali tidak kisah kerana dia percaya, semua agama membawa penyatuan dan kebaikan.

Malah, Maan Grouper turut meminta agar orang ramai tidak mengecam dirinya selepas membuat perkongsian ini kerana dia berasa berbesar hati apabila membenarkan anak jirannya solat di rumahnya.

Video anak Maan Grouper dan anak jirannya solat…

Dia turut memuat naik video pendek yang menunjukkan situasi itu berlaku di depan matanya. Macam adik -beradik dah anak dia ikut kawannya solat. Comel je!

saya nak kongsikan sesuatu yang buat sy tersentuh..Dalam gambar ni adalah jiran sy dan ank saya.. Untuk pengetahuan semua..sy adalah penganut Hindu sekeluarga.Dan sejak perlaksanaan PKP jiran sy akn dtg rumah dgn sejadahnya dan minta untuk tumpang solat.. Sekalipun kami terkejut tp sy berbesar hati menerima tamu ini setiap hari… Saya percaya semua agama membawa kepada penyatuan dan kebaikan.. Jadi anak saya yang baru berusia 2 tahun dah mula meniru 'sahabatnya' solat.. Saya hrp tak ada yang mengecam.. Saya bahagia dengan cara ini.. Dan saya gembira dengan kebaikan yang datang dalam keluarga saya.. T.kasih semua. 😊😊#saynotorasicm

Posted by Maan Grouper on Wednesday, May 27, 2020

Apabila ada yang bertanya di ruangan komen tentang mengapa kanak-kanak itu solat di rumahnya, kata pemilik rumah itu dia juga tidak tahu mengapa kerana kejadian ini berlaku secara tiba-tiba. Namun dia sama sekali tidak melarang perkara tersebut dan menghormatinya. Apa pun niat keluarga ini, kami harap tiada pergaduhan berlaku walaupun terdapat perbezaan agama dan bangsa.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Bukan Nak Main-Main, Kawan Saya Cabar” – Lelaki Cina Persenda Solat Tampil Bersuara

Semata Untuk Cari Duit Belanja, Pasangan Warga Emas Ini Sanggup Kerja ‘Rider’ Grab

 

 

 

 

Sumber: nowthisdailyfacebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna