Anak Saudara Fauzi Nawawi Hilang 6 Hari Lalu, Fauzi Seru Bantuan Orang Ramai

Seorang gadis orang kurang upaya atau OKU yang dipercayai menetap di Perak didapati hilang. Gadis tersebut merupakan anak saudara kepada pelakon terkenal industri hiburan Fauzi Nawawi. Pelakon itu menyeru bantuan orang ramai supaya mencari anak saudaranya itu baru-baru ini.

Seruan itu dimuat naik di laman akaun instagram miliknya dengan berserta foto gadis yang hilang itu dan nombor telefon untuk dihubungi.

Kehilangan gadis itu sudah melebihi 6 hari dan laporan polis juga telah dibuat berkenaan kes kehilangan anak saudaranya itu. Walau bagaimanapun, masih lagi tiada maklumat yang diterima berkenaan gadis itu.

Dalam pada masa yang sama, entri yang dimuat naik oleh Fauzi mendapat ribuan likes dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakkannya menzahirkan rasa bimbang akan dugaan yang menimpa dirinya dan keluarga.

Di samping itu, orang ramai yang mempunyai maklumat akan kehilangan remaja kurang upaya ini diminta untuk tampil dan berikan bantuan.

Bukan itu sahaja, pelakon Lisdawati juga turut memuat naik entri yang sama dan memohon bantuan orang ramai untuk mencari dan membantu memberikan maklumat berkenaan  gadis yang hilang itu.

Menurut isteri kepada Fauzi Nawawi itu, gadis berkenaan mempunyai fizikal yang normal dan percakapan yang normal akan tetapi pemikirannya sahaja yang berbeza berbanding manusia normal.

Cuba bayangkan jika kes kehilangan menusia ini berlaku kepada salah seorang daripada ahli keluarga kita atau orang yang rapat dengan kita? Pasti kita akan berusaha sedaya upaya dan tidak akan berputus asa untuk mencarinya. Donna juga melahirkan rasa simpati dan risau akan kejadian yang menimpa.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Beautifulnara

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna