Anak Pasti Suka! Jom Buat ‘French Toast’ Guna ‘Microwave’

Bila sebut sahaja French Toast, rasanya semua dah tahu ia adalah makanan sarapan popular menjadi pilihan di negara Barat. Bukan sahaja berkhasiat dan enak, ia juga begitu mudah disediakan.

Bahan-bahan yang diguna pula hanyalah telur, susu, serbuk cengkih dan roti. Ia juga dimakan  dengan pelbagai buah-buahan untuk menambah selera antaranya strawberi, anggur dan buah beri.

Sumber: recipetineats.com

Katakanlah satu hari jam loceng anda tak berbunyi. Nak buat sarapan anak pun tak banyak masa. Jangan risau, anda masih boleh buat French Toast dengan menggunakan ketuhar dalam cawan sahaja.

Ini kami kongsikan caranya:

Bahan-bahan:

2 keping roti tawar

1 biji telur

60 ml susu

1 sudu makan mentega

1/4 sudu teh gula pasir

1/4 sudu teh ekstrak vanilla

via GIPHY

Cara membuatnya:

  1. Potong roti menjadi petak-petak kecil
  2. Kacau telur, pukul rata.
  3. Lelehkan mentega di dalam cawan yang sesuai untuk ketuhar gelombang dan hangatkan selama 20-30 saat. Pusingkan cawan supaya lelehan mentega supaya menutupi seluruh bahagian dalam gelas.
  4. Tuangkan telur (yang sudah dipukul rata), susu, gula, dan ekstrak vanilla ke dalam gelas. Kacau sampai rata.
  5. Tambahkan roti dan pastikan seluruh bahagian roti tercelup dalam adunan.
  6. Masak dalam gelombang ketuhar sehingga matang, lebih kurang 90 saat.

Mudah kan? Sangat sesuai kalau anda dah bangun lambat sangat pada waktu pagi. Mesti anak anda pun akan menyukainya. Tak percaya? Cubalah sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna