Anak Mengamuk Bila Dah Masuk Umur 2 Tahun? Ini Sebabnya

Perasan tak, anak-anak bila dah masuk umur 2 tahun mulalah mengamuk tak tentu fasal. Kita nak bawa pergi jalan-jalan dekat pasaraya pun tak selesa. Semua benda tak kena.

Ha, sebenarnya situasi ini normal dan pernah dialami oleh semua ibu-bapa di luar sana. Jadi, anda bukan bersendirian. Bahkan ada frasa yang diberikan untuk situasi ini iaitu terrible twos. Anak anda akan bersikap begini bermula dari 18-30 bulan. Namun, mereka akan kembali pulih bila memasuki umur tiga tahun.

Tapi apa sebabnya mereka akan tantrum ya?

Ini kerana dalam fasa ini, mereka akan menunjukkan tingkah laku yang menentang sebab banyak kekecewaan yang melanda. Dalam tempoh ini juga mereka akan mula meneroka dan melakukan apa yang diinginkan.

Ini adalah perkembangan asas mereka:

Berjalan

Bercakap

Pendapat sendiri

Belajar tentang emosi

Faham jika tak menguasai sesuatu perkara apalagi kalau membabitkan sesuatu yang memerlukan mereka berkongsi

Jadi, bayangkan keadaan ini. Anak anda ingin mengatakan sesuatu. Tapi mereka masih belum fasih. Jadi, berlakulah kesukaran di situ. Antara perkara lain termasuklah anak anda ingin belajar proses bersabar dan menerima keadaan apabila segala kemahuan tak diperolehi.

Maka mereka akan menangis, menendang untuk mendapat perhatian. Mereka akan membantah atau berlakulah perubahan emosi. Kejap gembira, kejap menjerit.

Adakah berpotensi memiliki masalah mental

Jika tantrum ini berlarutan walaupun anak anda sudah menginjak umur 3-6 tahun, anda perlu mengambil serius hal ini. Apalagi kalau anak anda memiliki ciri-ciri seperti tantrum secara konsisten sehingga 25 minit, mencederakan diri, tantrum 10-20 minit sehari dan mereka gagal menenangkan diri sendiri.

Tapi, antara sebab lain anak-anak menjadi tantrum mungkin akibat kurang waktu tidur dan rehat. Jadi pastikan anak anda mendapat cukup yang sempurna.

Jika anak anda masih juga mengamuk, pergilah bertanya pakar. Mungkin mereka akan memberikan nasihat yang lebih mendalam bagi menguruskan emosi anak-anak anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theasianparent

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna