Anak Masih Tidur Sebilik? Wanita Ini Kongsi Pengalaman Terkantoi Bila Anak Terjaga Sewaktu ‘Bersama’!

Nak dibiar tidur berseorangan, risau apa-apa terjadi bila si manja terbangun tengah-tengah malam. Tapi jika dibiar tidur bersama, suami pula merasa rengsa bila hanya mampu memandang si isteri yang sedang memeluk anak tatkala perasaan dan keinginan untuk bersama sedang memuncak naik. Udahnya bagaimana sih? 

Untuk anda yang sudah mempunyai anak-anak dan mereka masih tidur sebilik malah ada juga sekatil bersama pasti mengalami masalah yang sama. Siapa kata tidak boleh bersama lepas ada anak? Apa yang penting adalah strategi dan teknik yang betul. Anda perlu bijak!

Jom kita dengar dulu pengaman beberapa wanita yang sempat berborak bersama Donna yang juga mengalami masalah yang sama:

Wanita A

“I tinggal bersama mertua, dan suami dan anak-anak tinggal sebilik bersama. Mula-mula memang susah. Lagi-lagi bila saat kita rasa nak belaian suami tu, anak pula ada tidur sebilik. Memang spoil. Tapi sampai bila kita nak mengalah je kan? Suami pun perlukan belaian juga..So apa kami buat, tunggu anak-anak betul-betul dalam ‘deep sleep’, baru kami beraksi. Bab bunyi pula, kami sengaja pasangkan tv di bilik dengan volume yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

Tapi cara tu jarang juga kami buat. Bila dah ada anak ni, umur pun dah semakin meningkat, keinginan untuk bersama suami tu kurang. Tapi memang rasa tu ada. So, i ada small talk dengan suami, dan kami setuju untuk check in hotel atleast sebulan sekali atau dua kali untuk lebih privasi ketika bersama. Check in hotel hanya untuk bersama, bukan untuk tidur semalam di sana tau! Bila difikirkan semula, memang cara ni berhasil untuk hubungan intim kami. Suami pun rasa lebih special bila isteri luangkan masa hanya untuk memuaskan suami di katil.”

Wanita B

“Anak saya dah masuk umur 2 tahun tapi masih tidur sekatil bersama. Pernah juga cuba beberapa cara dan latih dia tidur di bilik berasingan, tapi anak masih belum ready. Keinginan wanita ni kadang-kala boleh ditahan, tapi bila suami yang minta untuk bersama, susah sikit nak tolak. Apa yang kami buat adalah beraksi di dalam bilik air. Mula-mula memang janggal, tapi lama-lama kami mula sukakan cara tu. Why not kan, boringlah asik di atas katil je..”

Wanita C

“Pernah sekali terkantoi bila anak terjaga masa kami sedang beraksi. Masa tu memang potong stim betul! Nasib anak tak sempat tengok apa yang kami sedang lakukan, tapi dia pelik mengapa kami tak berbaju. Haha, memang kelakar! Masing-masing kalut cari selimut! So belajar dari pengalaman, kami kena make sure anak tidur lena betul dulu baru sambung tapi bukan di bilik. Di dapur. Yang sebenarnya kan, anda wanita lain kat luar sana juga mungkin boleh cuba sekali sekala bersama suami di dapur. Memang lain!”

Tip berasmara bila anak tidur sebilik!

Bantal main peranan

Pastikan anda mengigit bantal. Ha, sebab apa? Bila dah rasa macam nak mengerang tu, cepat-cepat gigit bantal. Tidaklah anak terkejut dengan bunyi yang sedang anda keluarkan.

Anda dan pasangan bertentang mata

Pastikan anda dan pasangan berhadapan dan saling bertentang mata dan wajah bila bersama. Bila nampak sudah rasa saat kemuncak, terus cium pasangan anda. Tiada bunyi bising dihasilkan, malah lebih nikmat yang dirasa. Githeww!

Pilih lokasi lain selain bilik

Masa inilah nak bereksperimentasi dengan pelbagai lokasi di luar bilik. Manfaatkan ruang tamu dengan bersama di sofa atau juga di dapur. Mana tahu, feel yang datang lebih onz!!!

Cara lain di dalam bilik yang sama!

Bukan apa, kadang-kala tak larat nak keluar bilik setiap kali nak beraksi kan? Cuba cara ini pula:

  • Lakukan sambil berdiri di sudut gelap
  • ‘Beraksi bawah selimut’

  • ‘Beraksi’ di sudut katil– Tak semestinya seks. Lakukan secara oral pasti lebih nikmat!
  • Letak tilam lebih di lantai – mudah saja, tiada penjelasan diperlukan!

Konsepnya di sini, anda perlu bijak! Haha, jangan jadikan anak sebagai alasan untuk tidak dapat bersama okay? Selamat mencuba.

 

Artikel menarik lain:

Gangguan Seksual! Gadis 17 Tahun Di Raba Ketika Dalam Van Ambulans

Bang, Malam Ni Malam Jumaa  Jom Pikat Suami Dengan Cara Moden

 

 

 

 

 

Sumber: Interview & theasianparents

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna