“Anak Makin Besar, Saya Perlukan Stamina” – Sarimah Ibrahim

Pasti ramai yang pernah melalui proses pertama kali menjadi seorang ibu. Sememangnya menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu bukan perkara mudah kerana anda memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang sangat kuat.

Begitulah yang dilalui oleh pengacara hebat, Sarimah Ibrahim yang baru-baru ini kembali bersenam di gimnasium bersama pelatihnya. Katanya, dia perlu menguatkan staminanya semula memandangkan ketahanan tubuhnya semakin berkurang.

“Tambah pula anak saya, Sofia berat dia dah naik 5 kilogram jadi saya memang perlukan kekuatan badan.”

Bagaimanapun, kalau melihat gaya hidup Sarimah sebelum bersalin, dia memang kerap melakukan senaman sehinggakan dia mengakui habis saja waktu berpantang, dia terus bersenam untuk kembali fit semula menerusi satu lagi posting yang lain. Cuma kali ini bila ada anak, dia perlukan lebih banyak lagi stamina.

Malah, dia juga sempat berpesan kepada para ibu di luar sana supaya tak rugi menjaga kesihatan badan. Selain daripada badan kekal sihat dan bertenaga, anak-anak boleh meluangkan lebih banyak bersama anda bila umur semakin meningkat.

Sebenarnya, senaman bukan saja dilakukan waktu ketika mengandung dan selepas bersalin je. Ia perlu dijadikan rutin untuk gaya hidup yang sihat lebih-lebih lagi wanita, penjagaan pemakanan harian dan bersenam adalah amat digalakkan. Apa pun, pastikan senaman yang dilakukan disarankan oleh pihak doktor atau pakar.

Untuk bacaan lebih menarik, anda klik saja senarai artikel berikut:

 Jangan Mengalah Dengan ‘Morning Sickness’, Sarimah Ibrahim Amalkan Rutin Ini ,

 Si Manja Merengek Nak Makan Snek Manis? Beri Mereka Epal Sandwich Ini

 

 

 

Sumber: Instagram Sarimah

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna