Amelina Pening Dengan Kerenah Anak-Anak! Kenapa Pulak Ni?

Tidak mudah untuk ibu tunggal sepertinya membina semula hidup apatah lagi anak-anak semakin membesar dan memerlukan perhatian sepenuhnya. Pada perkahwinannya yang lalu, Amelina dikurniakan enam cahaya mata dua orang lelaki dan empat orang lelaki.”

 

(Saksikan video penuh di sini)

Amelina kembali semula memeriahkan industri hiburan tanah air dan kemunculannya memang sangat dinanti-nantikan peminat setelah menghilangkan diri dalam industri berbelas tahun lamanya. Bagi penyanyi yang pernah menyandang gelaran ratu dangdut oleh peminatnya, kini turut bergelar ‘Superwoman’ kerana perlu membesarkan sendiri anak-anaknya setelah perkahwinannya terdahulu tidak menjadi.

Sumber Foto: Instagram Amelina

Menurut petikan daripada akhbar  Harian Metro

“Selepas bercerai saya tidak menerima sebarang wang sara hidup. Segala-galanya atas bahu dan kepala saya sendiri. Apa yang saya katakan ini bukan kerana mahu menagih simpati. Tidak sama sekali sebab saya masih punya bakat dan tenaga untuk bekerja. Untuk bangkit kembali saya perlu cepat dan tidak boleh tunggu. Ada enam mulut yang perlu saya suapkan makanan setiap hari. Cuma tanggapan yang mengatakan selepas diceraikan saya boleh kembali menyanyi dan mudah untuk menempatkan diri sebenarnya tidak benar,” kata Amelina.

Sumber Foto: Instagram Amelina

Tidak mudah untuk ibu tunggal sepertinya membina semula hidup apatah lagi anak-anak semakin membesar dan memerlukan perhatian sepenuhnya. Pada perkahwinannya yang lalu, Amelina dikurniakan enam cahaya mata dua orang lelaki dan empat orang lelaki iaitu Puteri Nur Athirah, 17, Putera Al Arffa, 16, Putera Al Asyraff, 15, Puteri Nur Asyurrah, 13, Putera Al Arffa dan Putera Al Amzarr, 9.

Donna berkesempatan menemui penyanyi yang berasal dari Labu, Negeri Sembilan ini, dan dia sempat meluangkan masa seketika untuk sesi rakaman Episod terbaru Donna iaitu ‘Sisi Selebriti’. Amelina sempat berkongsi keletah dan perangai anak-anaknya kesayangannya. Dia akui antara anak lelaki dan anak perempuan, anak-anak lelakinya yang lebih banyak kerenah, manakala anak gadisnya mempunyai genetik daripadanya yang meminati bidang nyanyian.

 

 

 

 

Sumber Featured Image: Blackpepperproduction

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna