Anak Lelaki Ambil Masa Terlalu Lama Di Tandas? Mungkin Sebab Masalah ‘Phimosis’!

Lamanya Adam dalam tandas, buang air kecil je pun.

Adam kata sakit tiap kali masa buang air kecil tapi saya tengok tak ada apa apa pun. Eh, kenapa ye bila Adam kencing macam ada bengkak ke atau belon kat hujung? Selepas beberapi hari, Adam demam lagi dan kerap mengalami jangkitan di bahagian kemaluan. Masalah ini berterusan berbulan lamanya sehinggalah kami mendapatkan rawatan di hospital.

Apa itu Phimosis?

Senario di atas merupakan perkara yang biasa dilalui oleh para ibu bapa yang mempunyai anak lelaki yang mempunyai masalah urinari. Sekiranya anak-anak lelaki ada melalui keadaan seperti di atas, ada kemungkinan besar mereka mempunyai masalah ‘phimosis’.

‘Phimosis’ merupakan satu keadaan di mana ‘prepuce’ atau kulit di bahagian kemaluan lelaki tidak dapat ditarik ke belakang melepasi ‘glans penis’ atau kepala zakar. Phimosis terbahagi kepada dua, iaitu ‘physiological phimosis’ dan ‘pathological phimosis’.

Menurut Dr Shazly, Pakar Bedah Am, adalah normal kulit tersebut tidak dapat ditarik ke belakang sehingga sekurang-kurangnya umur 3 tahun dan ini dianggap sebagai ‘physiological phimosis’. Namun, apabila seseorang kanak kanak lelaki menghadapi masalah kencing, maka ia dianggap sebagai ‘pathological phimosis’.

Bagaimana masalah ini boleh berlaku?

“’Pathological phimosis’ kebiasaannya berlaku apabila bukaan bahagian hujung kulit kemaluan menjadi sempit. Bukaan yang sempit menyukarkan air kencing untuk keluar dan keadaan ini biasa berlaku sekiranya kanak-kanak tersebut pernah mendapat jangkitan di kawasan tersebut atau terdapat terlalu banyak ‘smegma’ dibahagian ‘glans penis’. Smegma merupakan sel sel mati dan rembesan minyak dari kulit dan berwarna putih. Smegma yang terlalu banyak adalah punca pembiakan bakteria dan seterusnya jangkitan di bahagian kemaluan.” Kata Dr Shazly.

Info ringkas tentang Smegma berlebihan :

Jika anda tidak membersihkan kulup secara rutin, sejenis bahan putih yang dikenali sebagai smegma akan terkumpul dibawah kulup di bahagian kepala zakar.

Smegma adalah sel-sel lama yang sentisa terbentuk dibawah kulup apabila sel baru terbentuk.

Smegma boleh dibersihkan dengan senang saja sepertimana yang disebut di atas.

Jika tidak ia boleh terkumpul dengan banyak dan menyebabkan rasa gatal dan kurang keselesaan.

Apakah tanda-tanda yang akan dialami oleh pesakit?

Antara tanda-tanda kanak-kanak lelaki menghidap phimosis adalah:

– Kerap berlaku jangkitan di bahagian kemaluan dimana kulit menjadi merah,

–  Kerap mendapat jangkitan air kencing,

– Selalu mengadu sakit ketika hendak kencing dan apabila kencing, kulit di bahagian hujung mengembung sebelum air kencing keluar atau dalam bahasa perubatan ‘ballooning’ berlaku.

Apa yang perlu anda lakukan jika didapati anda mengalami masalah phimosis ?

Sebaiknya, jumpa dengan doktor untuk pendapat.

Bagi mengelakkan berlakunya phimosis, doktor akan menasihatkan ibu bapa untuk perlu menarik sedikit kulit kemaluan ke belakang dan membersihkan bahagian hujung kulit itu. Perlu diingatkan untuk tidak menarik terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kesakitan.

Ia mungkin mengambil beberapa minggu untuk berjaya. Jika semua langkah ini gagal, doktor anda akan mencadangkan supaya anda menjalani prosedur bersunat.

Rawatan Pilihan

Cara untuk merawat kanak-kanak lelaki yang menghidap phimosis adalah dengan ‘circumcision’ atau sunat.

Bagi kanak-kanak yang boleh memberi kerjasama, prosedur ini boleh dilakukan secara bius setempat, jika tidak ia akan dilakukan di dalam dewan bedah dengan bius penuh.

Alternatif yang lebih baik, adalah sunat ketika masih bayi, seawal hari kedua kelahiran. Prosedur hanya mengambil masa 15 minit, dilakukan dengan bius setempat dan proses penyembuhan yang sangat cepat, seawal 7 hari sama dengan tertanggalnya tali pusat.

Cara mengelakkannya?

Elakkan penggunaan sabun yang terlalu kuat untuk mencuci kulup.

Jangan terlalu kasar apabila menarik kulup.

Oleh itu, disarankan ibu bapa membawa anak anak berjumpa dengan doktor sekiranya terdapat mana-mana simtom seperti di atas agar pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.

 

 

Temu bual Donna bersama:

Dr Shazly Bin Safian

Pakar Bedah Am, Pantai Hospital Laguna Merbok.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna