Anak Kerap Terjaga Pada Waktu Malam? Ini Tip Tidur Nyenyak Untuk Si Manja

Sejak ada si manja ni badan asyik rasa letih dan mengantuk je, kadang-kadang rasa macam dah jadi zombie! Memang tidak dapat dinafikan bila dah anak ni maka komitmen pun semakin tinggi dengan nak uruskan hal  rumah dan melayan suami. Bayi kerap terjaga pada waktu malam ada perkara umum yang sering berlaku dan kebanyakan ramai para wanita di luar sana yang mengadu tidur cukup tidur dan tiada lagi istilah ‘beauty sleep’ sejak kelahiran si kecil.

Wahai mak-mak di luar sana, jangan mengeluh kerana itu adalah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan anda perlu tahu bayi baru lahir sebenarnya masih belum ada ritma kehidupannya, jadi itulah tugas anda bermula untuk membentuk cara waktu tidur yang betul kepada mereka.

Nak si manja dapat tidur yang berkualiti, jom lihat tip di bawah!

Related image

Sumber : majalahpama

Biarkan Bayi Tidur Sendiri

Untuk bayi seeloknya anda biarkan mereka belajar menenangkan diri (self soothing) sehingga mereka dapat tidur dengan sendiri. Letakkan bayi di atas tilam/cot ketika bayi anda sudah mula mengantuk dan penting untuk anda elakkan bayi tertidur semasa makan.

Tetapkan Rutin

Bagi memastikan si kecil tidur dengan lena, anda perlu menetapkan rutin waktu tidur secara teratur dan konsisten. Tetapkan waktu tidur dan bangun yang sama pada setiap hari dan elakkan bayi tidur berlebihan kerana mereka akan mudah untuk berjaga malam.

Pastikan Tiada Gajet Dalam Bilik Tidur

Opss it’s time to turn of your phone! Anda perlu tahu cahaya biru daripada gajet boleh merangsang otak kanak-kanak dari peranti kerana ia bertindak menghalang pelepasan melatonin.

Related image

Sumber : harian

Bilik Tidur Yang Tidak Panas Dan Tenang

Sebelum bawa anak ke bilik tidur pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan sejuk. Bilik anda seharusnya berada dalam keadaan tenang dan kemas agar si manja lebih selesa apabila lelapkan mata.

Ajar Anak Berdoa Sebelum Tidur

Nak kurangkan tekanan dan memperbaiki tidur dengan baik adalah dengan berdoa dan bermeditasi seketika. Peranan ibu bapa sangat penting bagi menentukan kualiti tidur anak anda. Ini kerana anak-anak lebih cenderung untuk mempunyai masalah tingkahlaku dan tidak mendengar kata apabila tidak cukup tidur.

Haa ingat ye, tanggungjawab anda bukan sekadar menjaga makan dan minum mereka malah memastikan waktu tidur yang baik adalah penting agar mereka kelihatan sentiasa bertenaga dan dapat merangsang perkembangan otak anak anda.

 

Untuk artikel yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Suami Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, Petua Ini Buat Kulit Wajah

 

 

 

 

Sumber : theaseanparent

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna