Anak Enggan Ke Sekolah? Mungkin Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Ibu Bapa

Sepertimana yang anda tahu, alam persekolahan merupakan satu pengalaman yang paling bermakna buat kanak-kanak. Di sana bukan sahaja mereka dapat menimba ilmu pengetahuan tetapi secara tidak langsung mereka juga belajar bagaimana untuk adaptasi bersama rakan-rakan dan juga cikgu.

Isu anak enggan ke sekolah ini memang satu perkara yang sering ibu bapa risaukan. Jika anak-anak tidak ke sekolah, mereka akan tertinggal sesi pembelajaran dan kemahiran dan ia tidak boleh dipandang remeh. Malaysia merupakan salah satu negara maju dan sedang menuju ke ke arah pembangunan yang mempunyai pendapatan tinggi. Jadi tidak wajar jika ada sesetengah ibu bapa yang tidak menitikberatkan isu seperti ini.

Image result for anak sukar ke sekolah"

Sumber: info

Antara Faktor Yang Menyumbang Kanak-Kanak Enggan Ke Sekolah

Kebimbangan terhadap penulisan 

  • Anak mana yang sanggup berpisah dengan ibu bapa sendiri betul tak? Untuk pengetahuan anda kanak-kanak mudah berasa takut dan risau apabila hendak mula ke sekolah kerana mereka sering menjangkakan bahawa ia bukan tempat yang selamat dan sesuatu perkara buruk pasti akan berlaku.

Kerisauan terhadap pencapaian diri 

  • Sebagai ibu bapa, kanak-kanak adalah golongan yang harus diberi perhatian sepenuhnya kerana mereka sering berada di tahap kerisauan atau bimbang yang berlebihan tambah lagi apabila ingin menghadapi peperiksaan.
  • Sesetengah kanak-kanak juga akan berasa risau terhadap penerimaan rakan sebaya dan guru-guru terhadap mereka.

Image result for anak sukar ke sekolah"

Sumber: intree

Tekanan Perasaan

Bila masuk ke alam persekolahan, mungkin sesetengah kanak-kanak akan mengalami tekanan perasaan dan kebimbingan . Ini akan menyebabkan mereka tidak berminat dengan sebarang aktiviti termasuk untuk pergi ke sekolah. Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu tahu ‘take note’ mengapa anak-anak sukar untuk ke sekolah. Anda lah sebagai sumber inspirasi mereka untuk mencipta pengalaman terbaik di sekolah.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Menarik & Kreatif! Idea Snek Untuk Parti Kanak-Kanak Versi Sihat

 

 

 

 

 

Sumber: myhealth 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna