Anak Asma? Ikuti 10 Langkah Pencegahan Ini

Serangan asma akan berlaku apabila otot-otot di sekitar tiub bronkial menjadi tegang, sehingga akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit di mana akan menyebabkan individu tersebut sukar untuk bernafas.


Sumber: Vitamin4uall

Menurut sebuah kajian dari Pakar Perunding Kanan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, peratusan dalam kalangan kanak-kanak untuk mengalami asma lebih tinggi kerana diberi susu formula berbanding susu ibu kerana susu ibu sebenarnya mampu mencegah penyakit asma.

Sumber: siraplimau.com

Namun, ada beberapa alternatif lain lagi untuk mencegah penyakit ini. Jadi, sebagai ibu bapa, harus menitik berat dan lebih memberi perhatian kepada anak yang menghidapi penyakit asma. Antaranya adalah;

  1. Dedahkan kepada anak bahawa bulu kucing akan mengakibatkan mereka mengalami asma. Jadi, pastikan mereka tidak memeluk atau memegang kucing.
  2. Jaga persekitaran di mana sentiasa memastikan rumah anda atau sekeliling kawasan anak anda jauh dari habuk, debunga atau hama.
  3. Minta mereka menutup mulut atau jauhi dari asap rokok. Jika ibu bapa adalah perokok tegar, berhentilah merokok demi kesihatan anak.
  4. Pastikan mereka mengamalkan minum air kosong 2 liter atau 8 gelas sehari untuk melonggarkan saluran pernafasan.
  5. Elakkan mereka dari minum minuman berais
  6. Ajak mereka bersenam atau beriadah sekali bersama anda di masa lapang untuk menguatkan badan mereka terutama sekali, bahagian paru-paru.
  7. Jika ke tempat sejuk, panas atau berpasir, pastikan mereka memakai topeng muka untuk mengelakkan zarah-zarah kecil masuk ke dalam lubang pernafasan mereka yang akan menyebabkan dada mereka sempit.
  8. Sekirannya anak anda dijangkiti selsema dan batuk, sila awasi dari melarat atau berlarutan. Jika selsema dan batuk dalam tempoh yang lama, pastikan berjumpa dengan doctor untuk dapatkan rawatan segera.
  9. Pastikan bilik anak anda mempunyai peredaran udara keluar masuk seperti membuka tingkap pada waktu siang.
  10. Elakkan anak anda berada di dalam bilik ber-aircond dalam tempoh yang lama.

Justeru itu, jika ibu bapa yang sudah tahu diri mereka pernah mengalami serangan asma atau berketurunan asma, mereka haruslah lebih memberi perhatian kepada anak kerana peluang untuk si kecil dapat asma adalah tinggi.

Walau bagaimanapun, Pusat Perubatan Universiti Maryland mengatakan serangan asma dapat dicegah seawal bayi lagi jika ibu bapa memberi anak-anak mereka makanan tambahan minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA selama 10 bulan.

Sumber: Wanista.com

Malah, cara ini juga sudah dibuktikan sendiri selepas kajian dibuat di mana dengan pengaambilan makanan seperti ini selama 10 bulan, serangan asma semakin berkurangan berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil minyak ikan.

Sumber: pamaHM

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna