Ambil Tahu Makanan Yang Perlu Diambil Bila Mengandung

Jika si ibu tak makan makanan yang berkhasiat, ia akan beri kesan bayi dalam kandungan,” – kata doktor.

Mungkin ada di antara kita tak memikirkan corak pemakanan sebelum hamil. Selagi boleh makan, selagi itulah makan. Tak kira berkhasiat atau tak, telan je selagi tekak rasa sedap dan perut rasa lapar tapi kami juga yakin, ada sesetengah dari kita tak macam tu. Iyalah, nak jaga badan kan.

Apa yang kami nak bincangkan kali ini adalah pemakanan ketika fasa hamil. Seperti yang anda tahu kalau silap pengambilan makanan, bayi dalam kandungan akan terganggung seperti pergerakan dan tumbesaran terjejas.

via GIPHY

Perkara ini terjadi bila kekurangan pengambilan beberapa jenis vitamin sehingga dapat mengakibatkan ibu hamil mengalami anemia sekaligus melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi rendah. Nak ke?

Demi kesihatan ibu dan bayi yang dalam kandungan anda perlu memikirkan tentang pemakanan semasa mengandung untuk memastikan keadaan kandungan sihat.

via GIPHY

Sebaiknya, ambil makanan yang mengandung vitamin B12 yang tinggi. Jom lihat makanan yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk para ibu mengandung.

Untuk pengetahuan anda, senarai makanan di atas juga penting untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk membantu penghasilan DNA.

  1. Kerang.
  2. Tuna.
  3. Sardin.
  4. Bijirin.
  5. Salmon.
  6. Badam
  7. Ikan kembong.
  8. Telur 2 biji besar.
  9. Secawan susu skim
  10. Hati kambing atau lembu.

Sumber: NYTcooking

Selain itu, para ibu juga turut mengetahui garis panduan makanan am. Antaranya adalah…

  1. Pantau pengambilan Vitamin C anda dan pastikan anda banyak memakan buah-buahan sitrus, beri, buah kiwi dan meminum jus buah-buahan segar.
  2. Elakkan kafein, alkohol atau merokok.
  3. Perlu banyak mengambil buah dan sayur dalam keperluan makanan nutrisi.
  4. Tingkatkan pengambilan kalsium dengan pengambilan folat dengan memakan lebih banyak sayuran berdaun hijau serta tingkatkan Omega 3 dengan mengambil minyak ikan.

Sayangilah kandungan dan jangan sesekali mengabaikan kandungan dengan pengambilan makanan yang tidak sihat okay!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Ibu Mengandung Perlu Tahu Apa Itu GBS” – Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita

Apa Tindakan Si Ibu Bila Anaknya Mengandung Anak Luar Nikah?  Perkongsian Ustaz Bakhtiar

 

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna