Ambil Peluang Ini Untuk Tahu Perbezaan 5 Jenis Sawan Yang Ada

Pada yang masih tak tahu, individu yang terkena penyakit sawan atau epilepsi akan menunjukkan tubuh mereka kejang dalam keadaan mata terbeliak ke atas, seluruh tubuh badan menggeletar seperti terkena renjatan eletrik, air liur meleleh dan mangsa akan dalam keadaan begitu kurang daripada 5 minit.

Menurut Pegawai Perubatan Paediatrik, Jabatan Paediatrik Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Dr Ahmad Shahid Hadzir, berkata epilepsi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu sawan menyeluruh dan sawan separa. Sawan menyeluruh disebabkan gangguan sel saraf yang biasanya membabitkan keseluruhan otak, manakala bagi sawan separa pula, bermula di satu bahagian tertentu dalam otak.

Sumber: unsplash

Bagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia  secara keseluruhan penyakit sawan mempunyai 5 jenis iaitu…

Sawan Absence

Selalunya bermula pada peringkat kanak-kanak berumur 5-10 tahun, kadangkala boleh berlanjutan sehingga umur dewasa. Kebiasaannya kanak-kanak akan memandang kosong untuk beberapa minit, mata terbeliak, mata terpusing ke atas dengan pantas, tak sedarkan diri dan dalam masa yang sama pesakit boleh terkencing atau boleh terberak.

Semasa diserang sawan juga mangsa tak akan jatuh tetapi mereka akan sedar dengan segera. Serangan juga mungkin akan berlaku secara berterusan, mungkin banyak kali dalam hari yang sama dan boleh berlaku secara tiba-tiba.

Sawan Tonik- Klonik

Cara untuk mengesan pesakit terkena sawan jenis ini adalah…

  1. Pesakit bernafas dengan cepat atau menangis sebelum hilang kesedaran.
  2. Anggota badan menjadi rigid atau kejang, pernafasan terhenti dan bibir pesakit menjadi biru.
  3. Mata pesakit terbeliak, rahang mengetap dan kemungkinan boleh menyebabkan lidah terkancing oleh kedua-dua gigi.
  4. Fasa tonik akan diikuti 30-60 saat dalam fasa klonik kemudian anggota badan mula mengalami kekejangan (ambil masa beberapa minit).
  5. Pesakit akan sedar beberapa minit kemudian tetapi mereka mungkin akan mengalami kekeliruan untuk beberapa ketika dan kebiasaannya mereka akan tidur untuk beberapa jam.
  6. Pesakit juga akan mengalami sakit kepala dan kesakitan yang amat sangat pada otot-otot yang telah mengalami kontraksi ketika terkena sawan.

via GIPHY

Sawan Mioklonik

Sawan ini berlaku secara tiba-tiba, simetrikal, kejang anggota badan, mungkin akan diikuti dengan hilang kesedaran. Serangan mungkin sekali sahaja atau boleh berulang-ulang dengan cepatnya.

Sawan Atonik

Sawan ini akan menyebabkan pengidapnya kehilangan kekuatan otot-otot pada anggota badannya. Jadi berkemungkinan besar pesakit akan rebah atau jatuh ke lantai secara tiba-tiba. Corak sawan ini biasanya berlaku  dalam kanak-kanak yang mengalami kecederaan di otak, kekurangan oksigen semasa saat kelahiran atau mengidap meningitis.

Sawan Tonik

Badan pesakit juga akan menjadi rigid atau kaku. Pesakit mungkin atau tidak mungkin kehilangan kesedarannya Sangat biasa terjadi didalam kanak-kanak yang mengalami masalah yang tenat di otaknya.

Penyakit sawan adalah penyakit yang boleh terkena pada semua orang tak kira peringkat umur. Tapi, selagi kita menjaga kesihatan dengan baik, serangan sawan boleh dihindar kerana penyakit ini boleh dikawal.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jaga-Jaga! 20 Jenis Penyakit Ini Tidak Boleh Ambil Produk Sebarangan

Apa Perbezaan Antara HIV & AIDS?

 

 

 

 

 

 

Sumber: usm

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna