Ambil Masa Dua Minggu Sahaja Untuk Mengecilkan Peha, Perut & Pinggul

Masalah peha besar ini memang sering wanita yang menjadi mangsa. Ada sesetengah individu, lemak memang gemar untuk berkumpul di 3 tempat popular ini iaitu perut,peha dan juga pinggul. Sometimes, kaum lelaki pun tidak terkecuali dalam mengalami masalah ini.

Well ladies, ada sesetengah orang cuba untuk bersenam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengecilkan bahagian-bahagian tersebut namun, masih juga gagal. Jika berjaya pun, keadaan tersebut tetap tidak kekal lama. Setelah berbulan, bahagian itu tetap nampak sama je. Oh no! Jadi macam mana ni? Hari ini Donna nak kongsikan kepada anda semua macam mana nak kurangkan saiz pada area tersebut dan untuk memastikan langkah ini berkesan, anda kena pastikan yang anda lakukan perkara yang betul. Let’s start ladies!

Sayur dan buah

Mulai dari sekarang, anda harus jadikan sayur-sayuran dan juga buah-buahan sebagai your bestfriends okay? Kerapkan makan buah dan juga sayur. Dengan cara ini anda akan secara automatik mengurangkan portion makanan daripada makan yang berlebihan. Don’t worry, tak rugi pun! Badan makin sihat dan kulit semakin cantik.

via GIPHY

Senaman kaki

Kalau anda memang tidak mempunyai peluang untuk mengambil masa bersenam, anda boleh melakukan senaman yang simple  fokus pada bahagian kaki sudah memadai. Seperti contoh, korang lakukan lunges dalam beberapa repetition pada setiap hari!

via GIPHY

‘Shapewear’

Kalau anda boleh mendapatkan shapewear atau bengkung, lagilah akan membantu mempercepatkan proses mengecilkan bahagian perut, peha dan juga pinggul. Shapewear ini boleh membantu mendapatkan bentuk badan anda yang diidamkan. Dalam pada masa yang sama, boleh beri semangat pada anda!

via GIPHY

Krim anti-selulit

Yang ini adalah salah satu sampingan yang boleh membantu untuk mencantikkan lagi hasil. So ladies, anda boleh dapatkan krim anti-selulit yang selamat digunakan di pasaran dan dalam proses anda mengamalkan tips ini, anda kena rajin kerap menyapu dan mengurut pada bahagian yang diganggu dengan selulit tu. Alright?

Foto:www.stylist.co.uk

Skrub kopi dan gula

Selain dari itu, anda boleh juga menggunakan cara organik dengan menggunakan 1/4 cawan serbuk kopi yang dicampurkan dengan 3 sudu besar minyak zaitun dan 3 sudu besar gula perang. Sapukan pada bahagian tersebut dalam 15 minit dan bilas dengan air bersih. You can do it girls!

via GIPHY

Bye bye gula!

Yang ni adalah satu perkara yang paling penting. Dalam makanan yang kita makan walaupun tidak nampak gula, kebanyakkanya sudah pun mengandungi gula. Yikes! Jadi anda wajib untuk hentikan makan makanan yang bergula untuk membantu proses kecilkan peha, perut dan pinggul ni lagi cepat!

via GIPHY

Donna harap artikel ini boleh menaikkan semangat anda semua untuk mengekalkan kesihatan diri dan mendapatkan bentuk badan yang ideal. Best of luck ladies!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Siraplimau

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna