Amalkan 5 Tip Ini Untuk Elak Berat Naik Mendadak Musim Raya!

Walaupun dalam kita sibuk untuk menjaga jarak sosial masing-masing, raya tetap juga raya! Yang seronoknya apabila tanpa mengira kita di kampung mahupun di desa, juadah menu raya tetap juga disediakan. Hah, kalau sembang bab makanan raya ini sudah tentulah pelbagai jenis!

Donna jamin, waktu musim perayaan ini bukan satu menu sahaja dari sebuah rumah! Confirm lebih dari satu menukan? Kongsikan sikit apa yang you guys sediakan untuk raya tahun 2020 ini?

Baca: Usah Bersedih, Ini Tip Raya Berjauhan Dari Keluarga

However ladies, memang terdapat satu perkara yang agak popular setiap kali kita beraya adalah, berat badan mendadak naik! Mana tidaknya seperti yang Donna katakan tadi, menu raya kita bukan setakat sejenis sahaja. Kuih raya lagi, air manis lagi, kek lagi.

Jadi, Donna mahu kongsikan tip yang anda semua boleh amalkan untuk mengelakkan badan kita naik membesar ibarat pelampung nanti.

via GIPHY

 

ElakkanDessert’

Seperti apa yang Donna katakan tadi, menu raya memang akan mengandungi makanan yang mempunyai gula yang tinggi. Air dah manis, kuih raya lagi? kek lagi? Hah. Jadi apa kata you guys control sikit. Jangan mulakan makan makanan manis terlebih dahulu. Nak makan juga? Boleh tak ada masalah, tapi pastikan dalam kuantiti sederhana dan jangan berlebihan! Donna sarankan untuk anda mulakan dengan buah-buahan atau sayur terlebih dahulu. Tipsini juga sangat sesuai untuk elak dari terkena sembelit raya ya!

Katakan ‘Tidak’

Its okay to say NO jika anda diajak untuk menikmati juadah raya atau kuih muih raya yang enak itu. Jangan takut untuk menolak, jika anda sudah konsuminya dalam kuantiti yang sepatutnya. After all, anda juga yang akan kena hadapi kesannya bukan? Jadi anda harus be in charge dalam mengawal risiko kesihatan diri sendiri!

Elakkan Minuman Bergula

Well, this is basic. Ya nampak ‘corny’ kan? tapi ia adalah satu tips yang sangat berkesan! Memang tidak mampu untuk kita kawal dari tersedianya air menu itu. Tapi kita boleh kawal diri kita daripada kita konsuminya. Untuk permulaan, tak perlu tekankan sangat. Hanya jadikan air putih sebagai air utama atau misi utama yang anda perlu minum!

Makan Dengan Perlahan

Ketika raya memang terdapat banyak menu makanan yang dihidangkan. Seringkali, kita mesti akan ziarah sedara mara dan kunjungi open house kan? Dalam raya disertakan covid-19 ini, mesti ada bertukar juadah dengan jiran kan? Tambah pula dengan menu sendiri. Jadi, untuk kawal diri daripada termakan makanan dengan berlebihan, pastikan anda menikmati makanan itu dengan perlahan. Satu per satu dan jangan gelojoh!

Senaman

Walaupun raya, senaman tetap harus dilakukan jika anda mahu kekal sihat dan elakkan badan daripada mendadak naik. Untuk mengelakkan daripada perkara itu berlaku, pastikan anda lakukan senaman tersebut dan jika tak larat, lakukan senaman ringan sudah mencukupi.

via GIPHY

 

 

Baca:4 Tip Mudah Berjimat Cermat Beli Baju Raya

Raya Ketika PKPB, Apakah Hikmahnya?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Glycoleap

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna