Amal Urut Badan Jika Badan Beri Isyarat Letih

Anda sendiri boleh mengetahui samada badan anda terlampau penat atau masih boleh meneruskan rutin harian seperti biasa. Jika badan sudah tidak mampu dipaksa untuk berkerja, rehatlah seketika.”

Tubuh badan telah berkhidmat untuk anda setiap hari dengan pelbagai tugas yang ringan mahupun berat setiap hari. Sekali sekala manjakan diri anda dengan urutan yang nyaman. Hadiahkan diri sendiri dengan pakej urutan yang istimewa walaupun perlu mengeluarkan bajet yang lebih. Urutan badan bertujuan melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh badan. Aliran darah dalam tubuh umpama terusan air.  Sekiranya air di terusan itu mengalir baik maka tidak perlu lakukan apa-apa.

Namun jika sebaliknya, air diterusan mula tersumbat dengan longgokan sampah atau bendasing  maka bantuan perlu dilakukan bagi mengelakan banjir atau limpahan kotoran berlaku.  Begitu juga dengan mengurut, urat atau pembuluh darah yang tidak lancar akan mengakibatkan tangan, kaki atau tubuh menjadi kebas dan lebih parah lagi susah untuk bergerak.  Apabila suka bergerak maka pelbagai masalah kesihatan  lain akan timbul.

Sumber Foto: 123rf

Biasanya pakar urutan sudah dapat meneka penyakit yang dialami anda ketika menikmati sesi urutan kerana titik refleksi yang sakit akan rasa semacam berpasir. Ia bermaksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

Sumber Foto: wellnessx3

 

Apa yang penting sebelum mengurut, perlu mencari urat yang betul kerana tidak semestinya urutan dilakukan di bahagian yang sakit. Sekiranya tersalah urat, urutan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami demam, lebam atau bengkak pada bahagian terbabit. Urut perlahan-lahan menggunakan jari dan minyak urutan bagi mengelakkan kulit melecet. Sekiranya anda  mengalami sakit kepala atau perut, tidak semestinya bahagian berkenaan perlu diurut. Ini kerana sakit berkenaan mungkin berpunca di bahagian lain seperti sakit perut berpunca di bahagian belakang badan.

Sumber Foto: 123rf

 

Masalah yang sering dihadapi oleh wanita khususnya adalah lebihan angin yang banyak dalam badan. Masalah angin yang tidak dirawat boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti letih badan, sukar tidur nyenyak, lesu, sakit kepala, sakit-sakit sendi badan, senak perut, lenguh, rasa bisa di belakang dan banyak lagi. Jika badan beri signal-signal yang tidak baik lekaslah dapatkan urutan oleh tukang urut profesional atau di spa urutan yang terlatih. Mengurut dapat membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat serta membetulkan urat saraf yang tersimpul akibat berdiri atau berjalan lama. Selain itu ia membantu menghilangkan kepenatan selepas bekerja seharian. Wanita yang baru lepas melahirkan anak juga sangat digalakkan untuk mengurut agar dapat merawat urat saraf dan memulihkan tenaga kembali.

KEBAIKAN MENGURUT

Anda juga boleh lakukan sendiri urutan di rumah jika anda tahu teknik yang betul. Untuk anda yang tidak tahu, ini kebaikkan mengurut untuk badan anda:

Sumber Foto: greentreemedic.com

  • Memberikan tidur yang lebih nyenyak – Mengurut akan menimbulkan rasa tenang dan mengembalikan tenaga  hingga membuai anda untuk tidur lebih nyenyak.
  • Melancarkan aliran darah – Mengurut membantu melancarkan semula pengaliran darah agar lancar dek gaya hidup yang sibuk sepanjang hari.
  • Menstabilkan tekanan darah – Mengurut dapat menstabilkan tekanan darah terutamanya jika seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi.

 

 

Sumber: wow.my bharian.com.my

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna