“Kau pergilah kahwin dengan dia, baru kau tahu..”- Alyah Buka Pekung Ramli MS?

Penyanyi Datin Alyah belum bersedia memberikan sebarang kenyataan berhubung ‘kekecohan’ yang berlaku membabitkan dirinya dengan pengguna laman sosial di ruangan komen Instagram suaminya yang juga pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Penyanyi berusia 37 itu mengatakan dirinya okay saja dan ingin ruang bersendirian seketika ketika dihubungi Harian Metro menerusi Whatsapp.

Sumber: HM

Terdahulu, video ucapan hari jadi yang dimuat naik oleh Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram mengundang tanda tanya peminat menerusi beberapa komen yang ditulis Alyah.

Komen pertama, Alyah menyifatkan cara sambutan hari jadi sebegitu yang diinginkan suaminya dengab mengatakan “Sambutan hari jadi macam inilah yang dia nak. Kita buat baca Quran di rumah dia panas, duduk kejap je terus nak keluar main snuker,” tulisnya.

Komen itu menerima pelbagai maklum balas daripada pengikut Tok Ram. Alyah sekali lagi membalas komen mereka.

“Kau pergilah kahwin dengan dia, baru kau tahu dan kau telan balik ayat puji kau tu. Untuk pengetahuan semua ayat aku ini, aku belajar dari Tok Ram,” katanya lagi.

Menurut Alyah atau nama sebenar Noor Hasliah Abu Hassan, tindakannya muncul di ruangan komen itu supaya suaminya baca.

“Kalau kau baik, kenapa kau tak DM. Nampak sangat kau nak orang cakap kau baik. Aku ‘text’ di sini supaya Ramli MS tu baca, bukan aku suruh kau menyibuk”

“Aku tak terkesan langsung dengan ‘text’ kau ni. Ingat sekali lagi kau ‘text’ nama aku, aku akan pastikan kau duk dalam jel,” katanya.

Untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh klik di sini.

Sumber: HMetro

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna