Altimet Dah Mendirikan Rumahtangga Selama 14 Tahun?

Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet merupakan seorang komposer, penyanyi rap, pelakon lelaki Malaysia dan bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew. Wah! Banyak betul sumbangan Altimet dalam dunia hiburan ni ye.

Disebabkan penglibatan dirinya dalam pelbagai bidang dalam dunia hiburan, namanya sudah dikenali ramai. Buktinya, baru-baru ini nama Altimet menjadi bualan ramai selepas membuat kenyataan bahawa dirinya akan mengundurkan diri dalam dunia hiburan.

Oleh itu, Donna berjaya menerjah Altimet pada press conference tempoh lalu untuk bertanyakan beberapa soalan yang peminatnya diluar sana masih lagi tidak tahu tentang penyanyi rap nombor 1 ini.

Antara fakta tentang Altimet yang orang ramai tidak tahu dan mampu membuat orang ramai terkejut adalah penyanyi ‘Amboi’ ini telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun!

Wow! Tak sangka Altimet berjaya menyembunyikan perkahwinannya selama 14 tahun dari orang ramai. Dan apa yang lagi mengejutkan lagi, Altimet sudah pun mempunyai 3 orang anak!

Sumber: amanz

Bagus betul Altimet ni dalam menyembunyikan perkahwinannya bersama suri di hati. Habislah wanita-wanita yang menyimpan rasa pada Altimet selama ini. Peluang punah! Ahaks!

Namun, apabila ditanya apakah ciri-ciri wanita Altimet, antaranya adalah;

  1. Perlu sabar
  2. Mempunyai suara yang sedap ketika berbual.

Kalau anda mempunyai dua ciri wanita idaman Altimet seperti di atas, hentikanlah! Dia dah ada isteri dan 3 orang anak pun, ahaks!

Untuk ketahui lebih lanjut apa yang Donna berjaya cungkil dari penyanyi Altimet, anda boleh saksikan video penuh di YouTube Donna iaitu DonnaTube di sini!

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna