Almy Nadia Dalam Diam Sedang Kurangkan Berat Badan Ke?

Rasanya hampir semua wanita memiliki bentuk tubuh badan yang ramping dan cantik sebelum mendirikan rumah tangga. Namun, selepas menimang beberapa cahaya mata hasil dari perkahwinan, bentuk dan berat badan pasti berubah.

Begitulah yang dialami oleh pelakon cantik, Almy Nadia suatu ketika dahulu yang pernah dikutuk netizen tentang bentuk badannya yang gempal selepas mengahwini pelakon Fizz Fairuz dan melahirkan anak.

Mungkin daripada kecaman tersebut, pelakon berusia 33 tahun ini mengambil keputusan untuk menurunkan berat badannya dengan cara mengehadkan pemakanannya dalam sehariannya.

Menerusi laman Instagram pelakon utama Dunia Baru ini, dia telah memuat naik beberapa jenis makanan yang di ambil pada hari yang berbeza dan kesemua makanannya kelihatan seperti diet. Almy diet ke?

Yang sebenarnya, Almy sedang dalam berpantang ketika itu. Disebabkan baru melahirkan anak, makanan pantang ala-ala diet seperti sayur, buah-buahan, kuantiti nasi yang sedikit dan ulam-ulam merupakan menu sihat yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu selepas melahirkan anak.

Antara hidangan Almy…

Wah! Bagusnya Almy. Harap dapat dua dalam satu. Berpantang dan menurunkan berat badan. Apa-pun bagi Donna, tak baik netizen mempersoalkan bentuk badan seseorang. Tindakan ini boleh menyebabkan seseorang rasa tertekan sehingga boleh menyebabkan kemurungan atau kurang keyakinan diri bertemu dengan orang.

 

 

 

 

Sumber: Almy Nadia

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna