“Alhamdulillah. Its a Girl” – Tahniah! Aeril Zafrel Timang Anak Ke-3

Bakat lakonan suami isteri pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tak dapat dinafikan lagi. Mereka berdua sangat hebat tapi, semenjak mendirikan rumah tangga, Wawa berhenti dalam dunia hiburan dan mulakan perniagaan sekali fokus menjaga keluarga kecilnya.

Apa yang memanggil kami untuk bercakap tentang pasangan sedondon ni adalah semalam Wawa Zainal selamat melahirkan anak perempuan. Menerusi laman twitter  Aeril, dia memuat naik gambar Wawa tersenyum gembira sambil mengendong anak ke-3 mereka.

“Its a girl!”

Walaupun baru saja melahirkan anak, muka Wawa sangat cantik dan berseri-seri. Semoga Aeril jaga Wawa berpantang dengan elok supaya tak bentan-bentan, ihiks!

Apa pun, bila berpantang tu anda semua kena ingat untuk tidak melakukan beberapa aktiviti ini untuk elakkan bentan. Lagi-lagi mereka yang pertama kali baru merasai proses berpantang.

  1. Angkat barangan berat.
  2. Berjalan terlalu banyak tanpa rehat yang cukup.
  3. Berdiri terlalu lama.
  4. Berjalan terlalu laju atau berlari anak.
  5. Tak menjaga luka dengan baik.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut: “Ibu Mengandung Perlu Tahu Apa Itu GBS” – Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita ,

 

 

 

 

Sumber: twitter Aeril

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna