Alert! Rakan Sekerja Tiba-Tiba Asingkan Diri Petanda Terkena Gangguan Seksual

Gangguan seksual ialah perbuatan  lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Tidak hanya bentuk fizikal, malah ia juga boleh terjadi dalam bentuk lisan apabila pelaku memanggilnya dengan gelaran yang boleh mengganggu emosi sepanjang dia membesar.

Menurut Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Hazli Zakaria, mangsa boleh berhadapan dengan trauma yang melampau sehingga ia boleh bertimpa-timpa sehingga tidak mampu dikawal.

BACA: Its Not Okay! Ramai Tak Sedar Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Sumber: BGC

“Ini akan menjadi punca isu kemurungan, mudah cemas dan panik hingga membawa kepada kesihatan mental.

“Lazimnya, mangsa yang dimalukan di khalayak ramai berasa terhina atau rendah diri hingga membawa gangguan stres pasca trauma (PTSD), iaitu bukan disebabkan kemalangan atau faktor lain.

“Justeru, gejala PTSD seperti mimpi buruk yang mengingatkan akan peristiwa lampau, menjadikan mereka sensitif, mengalami flashback, masalah tidur, tidak dapat berfungsi seperti sebelumnya hingga menjejaskan kesihatan mental serta kehidupan seharian,” katanya.

Itu belum lagi jika mangsa tidak menceritakan perkara itu kepada orang lain. Hasilnya, dia akan memendam perasaan dan menyalahkan dirinya sendiri.

BACA: Gangguan Seksual! Gadis 17 Tahun Di Raba Ketika Dalam Van Ambulans

“Sebenarnya rakan sekerja boleh membantu jika melihat seseorang itu tidak mahu sertai aktiviti pejabat, sering cuti sakit dengan cuba bertanyakan masalah kerana lazimnya mangsa tidak akan sendiri bercerita.

“Kita bimbang kerana ada mangsa cenderung bunuh diri berikutan mereka sering dihantui pemikiran negatif, dipinggirkan dan tidak berupaya cemerlang dalam tugasan,” katanya.

Bukan itu sahaja. Apa yang lebih merisaukan ialah kesedaran untuk melaporkan kes gangguan seksual masih rendah berbanding dengan 60 hingga 70 peratus kes yang berlaku dalam masyarakat kita.

Oleh sebab mangsa jarang bersuara isu ini dalam masyarakat, maka kitalah yang kena peka dengan perubahan sikap rakan terdekat kita. Jika anda di tempat mangsa, memang susah untuk berterus-terang dan sukar untuk mempercayai sesiapa sahaja.

Di sinilah letaknya tanggungjawab kita semua untuk saling ambil tahu dengan perubahan rakan-rakan di sekeliling. Jangan takut untuk melaporkan semua jenis gangguan seksual dan elakkan ia berulang kepada orang lain.

via GIPHY

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna