‘Alert’! COVID 19 Ditemui Pada Kepak Ayam Dan Udang Yang..

Ah, sudah! Ada pula kes baru dilaporkan yang virus COVID19 ditemui pada kepak ayam. Ye, kepak ayam girls! Yang kita dok makan selalu tu.

Namun kejadian ini berlaku di Beijing. Sampel kepak ayam sejuk beku yang diimport ke bandar selatan China, Shenzhen dari Brazil diuji positif COVID-19. Penemuan itu menimbulkan kebimbangan bahawa penghantaran bekalan makanan tercemar terbabit berupaya mewujudkan gelombang baharu COVID-19.

Pusat kawalan penyakit tempatan menguji sampel permukaan yang diambil dari kepak ayam sebagai rutin saringan yang dilaksanakan terhadap daging dan bekalan hidupan laut yang diimport sejak Jun lalu, ketika gelombang baharu yang berlaku di Beijing dikaitkan dengan pusat makanan borong Xinfadi, di bandar tersebut.

Kerajaan Shenzhen mengenal pasti bahawa kilang pemprosesan daging dimiliki Aurora, iaitu syarikat pemproses ayam dan daging babi ketiga terbesar di negara itu adalah sumber kepada bekalan kepak ayam berkenaan.

Tiada bukti jangkitan melalui makanan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta orang awam supaya tidak bimbang mendapat jangkitan COVID-19 daripada makanan selepas China menemui kesan virus itu pada produk makanan.

Pengarah Kecemasannya, Michael Ryan, berkata ini kerana tiada contoh penyakit pernafasan disebarkan melalui makanan yang dikesan sebelum ini dan orang ramai tidak perlu panik mengenainya

Di bahagian Timur China, Wilayah Anhui, Datuk Bandar Wuhu, mengumumkan virus itu ditemui pada bungkusan udang yang diimport dari Ecuador, yang disimpan dalam peti sejuk sebuah restoran.

Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove, berkata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyedari mengenai laporan itu dan memahami tindakan China yang mencari virus berkenaan pada bungkusan makanan.

“Mereka menguji beberapa ratus ribu sampel pembungkusan dan menemui sangat, sangat sedikit iaitu kurang daripada 10 yang positif dalam melakukan hal itu.

“Kami tahu bahawa virus itu boleh bertahan pada permukaan untuk tempoh tertentu. Namun, jika virus itu ada pada makanan dan kami tidak mempunyai contoh dari mana ia dijangkitkan, namun virus itu boleh dibunuh seperti yang lain jika daging itu dimasak sebelum dimakan,” katanya.

 

 

Baca juga:

Bagai Nak Terhenti Jantung! China Keluar Amaran Virus Baru Lebih Bahaya Dari COVID-19

Gelombang Kedua COVID-19 Landa Sarawak, Aishwarya Rai Masuk Hospital

 

 

 

 

 

 

Sumber: Bharian

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna