Alamak Mulut Berbau! Ikut Langkah Ini Untuk Hilangkannya

Ish berbau lah mulut you ni”

Alamak malunya bila kawan tegur mulut berbau. Ramai yang menggangap bau mulut pada bulan puasa adalah normal tetapi perkara ini akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan untu berhadapan dan berinteraksi dengan orang lain.

Related image

Sumber : marieclaire

Sebelum anda mencegahnya, anda perlu tahu apa sebenarnya punca mulut berbau. Terdapat beberapa faktor antaranya adalah terdapat bakteria dan plak pada gigi,lidah dan mulut. Memberus gigi dengan salah juga adalah punca mulut anda akan mengeluarkan bau. Bukan itu sahaja, bila anda kurang minum air maka air liur dalam mulut akan berkurang dan secara tidak langsung ia tidak dapat membersihkan mulut dengan baik.

Image result for wrong when brush teeth

Sumber : smiles

Jom ikut langkah mudah yang dikongsikan oleh Dr Nicholas, seorang doktor Indonesia yang menyediakan tip untuk mencegah masalah mulut berbau semasa bulan puasa. Jadual makan anda pasti berubah ketika dalam bulan ramadan tetapi gosok gigi secara teratur sangat penting untuk memastikan mulut anda sentiasa segar dan bebas daripada segala kotoran. Gosok gigi sebaik sahaja berbuka puasa dan sahur, bahagian lidah juga digalakkan untuk gosok untuk mengelakkan sisa makanan berkumpul dan menyebabkan wujudnya bakteria.

Related image

Sumber : dailymail

Walaupun sudah memberus gigi, untuk kesan yang lebih maksimum. Anda digalakkan untuk berkumur dengan mouthwash. Pilih ubat kumur yang mempunyai perasa mint agar mulut anda sentiasa berbau segar. Bukan itu sahaja pastikan anda minum air yang cukup untuk mengekalkan tubuh badan badan berada dalam keadaan hidrasi. Donna harap dengan perkongsian langkah-langkah mudah di atas dapat membantu anda dalam menjalani ibadah puasa tanpa rasa ragu-ragu dan sentiasa yakin!

 

Sumber : aseanparent

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna