Alamak! Macam Mana Nak Hilangkan ‘Love Bite’ Malunya Kalau Mertua Tengok

” Semalam kena gigit dengan hantu ke? “

Setiap kali bermanja dengan hubby mesti terbabas ada gigitan dan ciuman di bahagian leher. Perkara ini kebiasaannya akan berlaku kepada pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, setiap kali berkasih sayang akan ada moment bila pasangan meluahkan rasa sayang dengan meninggalkan kesan berwarnah merah pada kulit. Alahai tanda gigitan di leher ni sebenarnya boleh mengganggu hari-hari anda tambah lagi bagi yang duduk dengan mertua, habis lah malunya kalau mertua ternampak, betul tak?

Bagi anda yang tidak bertudung, lagi jadi hal kalau kawan-kawan di tempat kerja nampak lepas tu akan menjadi bahan gurauan dan usikan. Tapi kadang-kadang ada juga segelintir yang merasakan perkara itu tidak wajar dilakukan dan mempunyai tanggapan negatif bagi penilaian masyarakat.

Donna faham ‘love bite’ ni memang akan ambil masa yang lama untuk hilangkannya, why not you all cuba tip mudah mana tahu berkesan.

Related image

Sumber : istock

Tekap Dengan Ais Batu

Nak hilangkan bekas ‘love bite’ dengan mudah adalah dengan menggunakan kiub ais. Tekap atau tekankan pada kawasan yang berwarna merah dan urut secara perlahan. Jika tidak ada ais anda juga boleh menggunakan sudu yang telah disejukkan dan tekan seperti biasa.

Teknik Solekan

Kalau dengan ais pun masih tak menjadi, cara paling mudah adalah dengan teknik solekan. Gunakan bedak asas yang sama dengan tona warna kulit anda. Mudah sahaja kan?

Bekas Hangat

Dalam masa 2 hari kesan tersebut masih belum hilang juga, anda boleh menggunakan bekas yang suam untuk ditekapkan ke bahagian leher dan lakukan urutan secara perlahan. Tip ini memberi manfaat yang lain dengan melancarkan aliran darah yang terkumpul pada leher secara tidak langsung kesan tersebut akan mula pudar tanpa meninggalkan sebarang bekas.

Image result for lovebite

Sumber : newvision

Minyak Vitamin E

Sapukan minyak yang mengandungi vitamin E untuk membantu menghilang serta memudarkan warna merah di leher.

Apa-apa pun kalau tak mahu berada dalam kesukaran, nak buat kenalah kawal ye yang penting anda dapat mengelakkan daripada perkara yang memalukan nama pasangan dan keluarga anda.

 

Untuk artikel yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Meriahnya Kaw Kaw Day! Bukan Setakat Shopping Je Siap Ada Demo Masakan Sekali

 

 

 

Sumber : bukanaku 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna