Alamak ‘Flight Delay’! Ini Hak Anda Sebagai Penumpang Yang Perlu Anda Tahu

Tidak kira sama ada anda melancong di luar negara atau dalam negara, adakalanya sukar untuk menjangkakan apa yang bakal terjadi sepanjang perjalanan untuk ke destinasi yang anda tuju. Tambah pula bagi siapa yang bercuti by flight, mungkin anda perlu bersedia dengan lebih awal untuk mengelak daripada sebarangan kemungkinan yang berlaku.

What? flight delay?! Penangguhan penerbangan ni memang sesuatu perkara yang merumitkan lebih-lebih lagi buat anda yang mempunyai masa perjalanan yang panjang. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda mempunyai hak yang boleh dimohon dalam jadual sekiranya penerbangan anda tidak berjalan seperti mana yang dirancang.

Image result for flight delay"

Sumber: business

Flight Cancelled

Just incase penerbangan anda dibatalkan secara tiba-tiba anda boleh memilih untuk :

  • Mendapat bayaran penuh kembali
  • Penggantian penerbangan secara percuma
  • Mengubah haluan penerbangan tanpa sebarang caj

Tidak Dibenarkan Menaiki Flight 

Sekiranya syarikat penerbangan anda melarang untuk menaiki kapal terbang di atas sebab-sebab tertentu, anda berhak untuk mendapat tiket penerbangan pada hari yang sama atau pampasan. Tetapi ingat sekiranya anda yang lambat sebelum boarding time tu, anda tidak berhak untuk mendapat apa-apa.

Image result for luggage at flight"

Sumber: blog

Caj Tambahan

Penting anda untuk anda semak dahulu perkhidmatan sebelum anda membuat bayaran. Harga tiket adalah tetap apabila pelanggan sudah menyelesaikan pembayaran secara penuh. Syarikat penerbangan tidak boleh menambahkan sebarang caj secara automatik tanpa pengetahuan pelanggan.

Tuntutan Dan Pampasan

Sekiranya bagasi hilang atau rosak semasa sampai di penerbangan destinasi anda boleh memohon pampasan pada syarikat penerbangan berkenaan.

Sebelum nak travel tu, pastikan anda faham dan baca tip seperti di atas, jangan terus panik bila penerbangan ditangguhkan.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Sejuk- Sejuk Dapat Minum Coklat Panas Memang Layan, Nak Senang Ikut Je Resepi Ni

 

 

 

Sumber: jomlahcuti

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna