Alamak Air Ketuban Pecah! Jangan Panik Ini Perkara Yang Anda Perlu Lakukan

Biasalah bila pengalaman pertama mengandung macam-macam perkara yang anda akan terfikir salah satunya takut air ketumban pecah. Haa selalu kalau menonton drama atau filem scene wanita mengandung mesti air ketuban akan pecah dulu. Agak-agak apa rasanya? Ish mesti sakit!

Sebelum Donna huraikan satu persatu persoalan yang bermain di fikiran anda, anda perlu tahu bahawa air ketumban tidak akan pecah sehingga ruang permukaan servik anda dibuka penuh dan anda bersedia untuk meneran. Air ketumban dikenali juga sebagai membran yang dibentuk daripada dua membran iaitu amnion dan chorion. Cecair amniotik bertindak untuk membantu sistem penghadaman dan paru-paru bayi untuk berkembang.

Image result for pregnant women

Sumber: usa

Apa Patut Anda Lakukan Jika Air Ketumban Pecah?

Air ketumban akan pecah untuk menandakan bahawa bayi anda akan lahir tak lama lagi tetapi ada juga sesetengah individu akan mengalami proses lambat bersalin walaupun air ketumban sudah pecah. Risiko untuk mendapat jangkitan lebih tinggi jika masa yang diambil untuk bersalin adalah lama.

First thing first anda perlu memberitahu doktor jika anda rasa air ketumban pecah, maklumat di bawah akan membantu anda untuk mengetahui ciri-ciri keadaan sebenar jika ia benar berlaku :

1.COAT

Cuba ingat tip mudah ini agar mudah untuk doktor menentukan apa yang harus dilakukan selanjutnya.

Colour 

Air ketumban mempunyai warna yang jernih, jika ia berwarna coklat kehijauan bermakna bayi anda telah buang air besar dalam rahim anda.

Odour

Normal jika air ketumban tidak berbau tetapi jika ia mengeluarkan bau yang kuat mungkin ia adalah tanda kepada jangkitan.

Amount 

Perhatikan sama ada air tersebut mengalir atau menitik. Jika mengalir segeralah ke hospital, dan jika menitik, lakukan tindakan yang sama. Air ketumban mungkin berisiko untuk leaking jika ia menitik.

Time 

Sebaik sahaja air ketuban pecah proses bersalin harus dipercepatkan kerana risiko untuk mendapat jangkitan adalah tinggi jika dibiarkan dalam masa tertentu.

Related image

Sumber: mirror

2. Tukar Seluar Dalam

Pada tahap trimester ketiga sebelum anda keluar sahaja dari rumah pastikan anda membawa seluar dalam lebih dan pad di dalam beg sepanjang masa. Ini kerana ia penting sekiranya air ketuban pecah semasa anda di luar.

3. Pastikan Ia Kering Atau Basah

Macam mana nak pastikan sama ada ia air ketuban atau hanya sekadar air kencing? Cara yang paling terbaik adalah anda memakai pad kering dan baring selama 15 minit. Jika air ketuban benar-benar pecah cecair amniotik akan berkumpul di dalam faraj dan mengalir sebaik sahaja anda berdiri.

Haa jadi lepas ni jangan panik ye, gunakan tip di atas agar anda lebih peka dan tidak cemas sekiranya ia berlaku.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Buat Yang Masih Bujang, Ini Senarai Resepi Paling Mudah Untuk Anda

 

 

 

Sumber: theaseanparent

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna