Ala! Kenapa Ada Lingkaran Hitam Bawah Mata Ni?

Wajah adalah perkara wajib yang perlu dititik berat untuk kelihatan cantik. Iyalah, siapa tak nak memiliki kulit yang flawless, bebas dari jerawat dan mata yang galak tanpa secalit make-up? Tapi, bila tak make-up, nampak jelas lingkaran hitam bawah mata dan perkara pertama yang anda salahkan adalah kurang waktu tidur.

Tapi, tahukah anda lingkaran hitam bawah mata terjadi bukan hanya kerana kurang waktu tidur tapi disebabkan faktor lain juga. Siapa nak mata kelihatan kusam dan tidak sihatkan? Jadi, Donna senaraikan beberapa faktor lain di bawah yang mungkin anda boleh elakkan supaya tiada lagi masalah eyebag. Antaranya….

via GIPHY

Keturunan

Ya, salah satu faktor mata anda mempunyai lingkaran bawah mata adalah disebabkan keturunan. Menurut pakar kulit di New York, Bruce Katz, M.D, lingkaran bawah mata boleh terjadi disebabkan keturunan dan ia sering terjadi dalam kalangan individu yang berketurunan Mediterranean. Tetapi, jika lingkaran bawah mata anda  bukan berpunca dari keturunan, ada rawatan yang boleh menghilangkan lingkaran hitam ini.

Ekzema

Ekzema bukanlah salah satu faktor lingkaran hitam bawah mata timbul tetapi, jika anda menggaru kerana gatal di bahagian mata, kemungkinan besar ia boleh jadi penyebab. Pakar kulit di New York, Bruce Katz, M.D mengatakan, menggaru di bahagian mata boleh menyebabkan bengkak, keradangan dan saluran darah patah di kawasan mata sehingga boleh menyebabkan kulit kelihatan gelap dan hampir lebam.

via GIPHY

Solekan

Selalunya solekan akan menutup segala cela pada wajah terutamanya lingkaran hitam pada bawah mata. Tapi, jika anda menggunakan produk seperti maskara, eyeshadow atau concealer yang tidak berkualiti dan tidak sesuai dengan kulit, kemungkinan besar ia akan menyebabkan masalah ini berlaku.

Menurut Bruce Katz, M.D lagi, mungkin sesetengah produk tidak sesuai dengan kulit sehingga memberi tindak balas yang negatif pada bahagian mata. Jadi, bila anda sedar mata anda kelihatan tidak bermaya selepas menggunakan sesuatu produk, terus tukar atau berhenti menggunakannya.

via GIPHY

Ha, bahaya tau jika kulit terdedah pada sinaran UV terutama pada bahagian kulit wajah terlalu lama, ia akan menyebabkan lingkaran bawah mata hitam.

Menurut kajian dari Dr. Bank, oleh kerana kulit kelopak mata adalah salah satu kawasan kulit yang nipis di dalam badan. Bila terlalu lama terdedah dengan matahari, ia akan menyebabkan dilasi dan peningkatan pengaliran darah. Rajinkanlah diri dengan menyapu losion SPF ye!

Itulah antara punca anda mempunyai lingkaran hitam pada bahagian bawah mata. Jangan fikir anda tak cukup tidur je ye! Ia ada punca lain juga. Semoga bermanfaat.

Sumber: GH

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna