“Aku Tak Minta Kena Cabul La!”

“Saya pakai baju longgar, pakai handsock, tudung labuh tapi tetap kena cabul dengan bos sendiri. Saya tak minta benda ni jadi,”

Itulah antara luahan yang dikongsikan satu daripada berpuluh wanita di laman  media sosial baru-baru ini. Kadang-kala rasa pencabulan kepada kaum wanita macam perkara biasa yang berlaku. Padahal perkara sebegini tak patut terjadi kepada mana-mana wanita di dunia. ‘

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Tira baru-baru ini menceritakan pengalamannya terkena gangguan seksual oleh rakan sepejabat. Apa yang menyedihkan, rata-rata orang menyalahkan dia sebagai mangsa dan tak ada pula yang menyalahkan pemangsa. Ibaratnya macam anda kena langgar dengan lori, orang akan salahkan anda sebab berada di atas jalan raya walhal anda sudah mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

BACA: Dia Tonyoh Muka Kakak Dekat Kemaluan Dia- Ibu Tergamam Anak Dicabul Sahabat Suami

Antara respon yang diterimanya selepas bersuara mengenai isu ini sangat mengejutkan.

Kau ni ramah sangat

Diam dan ambil je pengajaran

Ada juga yang mengatakan Tira seolah-olah yang mengundang dan meminta untuk dicabul. Tak ada seorang perempuan pun yang inginkan harga dirinya dipermainkan. Perbuatan untuk menyalahkan mangsa adalah sangat tidak relevan sama sekali.

BACA: Apa Nak Buat Kalau Anda Dirogol Oleh Seorang Tweet Famous?

Dalam thread yang sama, ramai juga wanita yang menceritakan kisah mereka berhadapan gangguan seksual. Ada yang diraba oleh rakan sendiri menyebabkan mereka menangis setiap kali teringat kisah itu.

Kalau dah nafsu, pakai purdah pun dia sebat

Jangan salahkan mangsa

Bersuara!

Dah tiba masanya untuk kita bina kesedaran dalam diri kita semua. Bila ada mangsa yang buka cerita, percayalah mereka. Ia memerlukan kekuatan untuk menceritakan pengalaman buruk yang terjadi kepadanya. Didiklah kaum lelaki kita untuk menghormati wanita. Kita bukan barang untuk disentuh-sentuh.

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna