Aktiviti Yusuf Iskandar Di Tanah Suci Tarik Perhatian Netizen

Selepas saja kecoh di media sosial tentang pelakon Hanis Zalikha yang sedang hamil anak kedua pada awal bulan November lalu, mereka sekeluarga terus ke tanah suci kota mekah.

Selepas pulang dari tanah suci, akaun putera sulung Hanis dan Hairul, @theyusufiskandar telah di update dengan posting baru iaitu sebuah rakaman video yang menunjukkan aktiviti Yusuf ketika berada di sana.

Sumber: Hairul Azreen

Aktiviti Yusuf ketika berada di sana adalah melakukan amalan bersedekah bersama ayahnya iaitu Hairul dengan mengagihkan makanan kepada tetamu Allah yang datang ke tanah suci.

Bagus Hairul dengan Hanis ni, kecil-kecil lagi dah ajar anak melakukan kebaikan. Anda boleh lihat video di bawah untuk melihat bagaimana Yusuf dan ayahnya melakukan ibadat bersedekah dan telatahnya ketika berada di sana.

View this post on Instagram

Mekah Memories. Alhamdulillah kami dah selamat pulang ke tanah air

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Berikutan itu, baru saja 7 jam posting tersebut berada di media sosial, hampir 900 ribu orang menonton video tersebut dan 8 ribu komen telah membanjiri posting tersebut!

Bukan main lagi netizen Malaysia ni ye. Jangan ada yang kecam sudahlah. Tetapi, apabila dilihat apa yang netizen katakan pada ruangan komen adalah mereka memuji cara Hanis dan Hairul mendidik Yusuf dengan mengajar untuk berkongsi rezeki bersama orang lain.

Malah, ada juga yang non-muslim mengucapkan terima kasih kepada keluarga kecil ini kerana berjaya membuat dirinya mencintai islam lebih mendalam dan ada juga yang mendoakan agar Yusuf menjadi anak yang baik.

Tidak kurang juga ada yang memuji kecomelan Yusuf ketika belajar membuat kebaikan.

Melentur buluh biarlah ke pangkal lengan, mungkin ini yang Hairul dan Hanis praktikan sekarang ini dengan mendidik Yusuf untuk menjadi seorang yang pemurah. Donna harap, kebaikan yang ditunjukkan oleh keluarga kecil ini akan berjangkit dengan keluarga di luar sana.

 

 

 

 

 

Sumber: theyusufiskandar instagram

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna