Aktiviti Yang ‘Simple’ & Seronok Bila Lepak Dengan Member Masa PKPB

Asyik keep in touch je! Buatlah aktiviti produktif sikit guna video call”

Dengan teknologi yang semakin berkembang ini, semuanya di hujung jari. Buka saja mana-mana media sosial, semua informasi terkini pasti tersedia.

Lebih-lebih lagi musim penularan wabak COVID-19 dan kerajaan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jadi tak hairanlah jika telefon seakan-akan digari ditangan. Tak boleh lekang!

via GIPHY

Berborak dengan kawan-kawan pun kena video call, nak lepak tak boleh. Banyak SOP perlu ikut. Payah! Tapi kalau lama-lama mesti jadi bosan sebab hanya video call semata.

Jadi apa kata, rancang dengan kawan-kawan untuk lakukan aktiviti yang menarik menerusi video call. Tapi macam mana? Ha, jom kita tengok senarai aktiviti yang boleh buat!

Masak dan makan!

Sumber: pexels

Tak semestinya membuat aktiviti memasak bila nak berjumpa je. Boleh juga dilakukan sewaktu masing-masing berada di rumah. Caranya, pacak kamera pada sau tempat dan anda boleh masak sambil membuat panggilan video.

Sambil tu boleh kongsi tip masakan, bertukar resipi, berkongsi cerita atau erti kata lain ‘membawang’ melalui online. Boleh bayangkan tak cara baru ni? Jom lah cuba!

Spa di rumah masing-masing…

Sumber: dope and broke

Seperti sedia maklum, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Kadang tu sebelum tidur pun nak kena bersihkan muka dulu sebab takut esok pagi jerawat tumbuh.

Jadi, apa kata buat panggilan video beramai-ramai sambil bersiap untuk tidur. Misalnya, pakai face mask, face scrub atau krim malam sambil tu membawang atau membincangkan isu semasa. Percayalah, mesti best!

Permainan!

Selain daripada masak dan DIY spa di rumah, you guys juga boleh buat satu game pass barang atau apa-apa challenge TikTok yang tengah hangat sekarang ni.

Macam team Donna, kami semua buat cabaran #passthekuih waktu malam raya tempoh lalu. Seronok bila dapat tengok hasil tu menjadi! Cuba la dengan kawan-kawan you guys pula, okay?

Dapat bayangkan tak jika aktiviti di atas ini, dapat dilakukan bersama rakan sekepala anda?

Selamat menjalani kehidupan norma baru bersama rakan dan keluarga.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Diketawakan Konon Bermain TikTok, Siapa Sebenarnya ‘Suara’ OKU Pekak Bisu Ni?

“Jantung Rasa Nak Terkeluar Masa Tu” – Linda Onn Kongsi Cara Atasi ‘Panic Disorder’

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna