Ini Rupanya Sebab Deepavali Diraikan

Kalau pagi raya Aidilfitri, kita bermaafan dengan keluarga. Tapi kalau pagi Deepavali nak buat apa ye?”

Setiap perayaan di Malaysia ada keunikan tersendiri kerana masing-masing mempunyai adat resam serta kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Begitu juga dengan sambutan perayaan Deepavali yang merupakan sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. 

Mengikut kepercayaan agama Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu.

Sumber: lada

Namun, itu adalah pengetahuan umum yang kebanyakkan orang sudah tahu tentang latar belakang perayaan ini. Tetapi, adakah anda mengetahui apakah yang mereka lakukan sewaktu pagi Deepavali? Artikel ini akan menerangkan serba-sedikit tentang perayaan pesta cahaya ini.

Pada waktu awal pagi Deepavali, masyarakat Hindu akan bangun awal untuk menyiapkan sentuhan terakhir dekorasi deepavali. Kemudian, mereka akan mandi dan membersihkan diri diikuti dengan aktiviti menyapu minyak bijan di kepala anak-anak.

Sumber: perayaankaumindia

Aktiviti menyapu minyak bijan di kepala anak-anak akan dilakukan oleh mereka yang lebih tua bertujuan untuk penyucian badan dan semangat kerana masyarakat Hindu percaya pelbagai kebaikan akan diperoleh melalui menyapu minyak bijan.

Antaranya, membersihkan diri daripada sifat dengki dan kejahatan. Setelah selesai aktiviti membersihkan diri dengan minyak bijan, semua ahli keluarga akan mengenakan pakaian baru masing-masing, kemudian mereka berkumpul dan memohon maaf serta berjanji akan sentiasa meningkatkan prestasi diri demi masa depan diri dan keluarga.

Selepas itu, masyarakat Hindu akan pergi ke kuil yang berdekatan untuk sembahyang dan mengkalungkan kalungan bunga di patung dewa untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Sumber: perayaankaumindia

Pada masa yang sama, mereka akan menyapu serbuk Safron yang berwarna merah dan juga thiruneer atau vibuthi iaitu sebuk putih di atas dahi mereka bertujuan mengingatkan si pemakai bahawa pada suatu hari nanti, mereka akan meninggal dunia dan tubuhnya akan dibakar menjadi abu. Untuk pengetahuan anda, abu kelabu itu berasal dari tahi lembu yang sudah dibakar.

Apabila selesai aktiviti sembahyang di kuil, mereka akan pulang ke rumah untuk menyediakan pelbagai sajian traditional dan manisan dalam masyarakat India sambil menunggu tetamu atau sanak-saudara datang ke rumah.

Sumber: perayaankaumindia

Bagi mereka, manisan adalah acara pembuka sebelum memulakan majlis atau hari perayaan, ia dianggap sebagai pembawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan, jika lebih manis manisan itu maka ianya lebih baik dan dialu-alukan.

Antara juadah lain pula, hidangan sayuran, seperti “Aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “Paneer” iaitu campuran masala bersama yogurt dan kari dal, capati, tosei, idhili dan lain-lain turut dihidangkan.

Tidak ketinggalan kuih muih traditional seperti maruku, adivasa, kuih jillebhi dan sebagainya juga antara juadah wajib pada perayaan Deepavali. Di negara kita kemeriahan Deepavali turut dirasa oleh kawan-kawan dan keluarga yang berlainan bangsa apabila mereka turut serta berkunjung ke rumah dan meraikannya bersama.

Semoga perayaan Deepavali kali ini akan disambut dengan lebih meriah. Donna mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan selamat bercuti!

 

 

Sumber: UMT

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna