Aktiviti Yang Dapat Merapatkan Hubungan Anda Dengan Pasangan

Peninglah bila kena fikir tempat mana nak pergi lagi! Rasa macam semua tempat dah pergi..bosannya sebab tak tahu nak pergi mana,”

Biasalah, pasangan yang sudah bertahun-tahun bersama pasti ada isu seperti tidak tahu nak pergi mana atau nak buat apa pada hujung minggu juga masa lapang. Kadang-kala soalan ‘nak pergi mana’ tu boleh menimbulkan pergaduhan kerana dikatakan tidak ada usaha untuk berfikir untuk keluarkan idea.

Jadi, artikel pada kali ini akan menyenaraikan beberapa cadangan aktiviti untuk menyelesaikan masalah hubungan anda pada hujung minggu!

Melakukan aktiviti lasak

Terlalu klise kalau keluar dating dalam pusat membeli-belah. Lebih-lebih lagi kalau pergi sana semata-mata untuk window shopping je, kalau shopping tak apa la kan? Hihi. Jadi, apa kata anda pergi ke tempat yang tidak memerlukan duit yang banyak pun.

Contohnya, aktiviti wall climbing di Putrajaya, meredah gua di Gua Tempurung, hiking di tengah kota seperti Bukit Broga atau Bukit Gasing (artikel lanjut di sini) dan bermain badminton, jogging atau bersenam di taman.

Sumber: mygopeng

Berkelah

Jarang rakyat di Malaysia berkelah di tengah padang kerana faktor cuaca yang panas terik. Tapi, sekarang ini sudah wujud banyak tempat yang strategik untuk berkelah ala-ala negara barat seperti di padang layang-layang di Selayang, padang depan pusat membeli-belah di Setia Alam atau di mana-mana padang yang mempunyai pokok yang rendang dan kanak-kanak bermain.

Jadi, lepas ni boleh la anda dan pasangan bentang kain atau tikar di padang yang luas sambil menikmati bekalan makanan yang di masak dari rumah sambil melihat telatah kanak-kanak bermain berlari-lari. Menarik bukan?

Menambahkan ilmu

Selain daripada membuat aktiviti luar, mungkin anda boleh pergi muzium, sasana kijang, zoo atau perpustakaan untuk memenuhkan ilmu di dada dalam pengetahuan am. Tambah pula, jika anda berkeluarga, anda juga boleh membawa keluarga anda di sini kerana ia adalah satu tempat yang sangat sesuai untuk kanak-kanak dalam proses pembelajaran.

Sumber: blogspot

Menikmati hidangan di Tony Roma’s Malaysia.

Pergi ke Tony Roma’s Malaysia untuk dapatkan set Hi-Tea Party untuk dua orang! Klik di sini.

 

Sumber: smarttravel

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna