Aktiviti Perfileman Boleh Dijalankan Selepas Raya Dengan Syarat

Pelbagai jenis perniagaan atau syarikat dihadkan untuk berfungsi akibat penularan wabak covid-19 dan ini merupakan berita yang penting buat pekerja industri perfileman kerana mereka selama ini sedaya upaya memohon supaya dapat meneruskan perkerjaan mereka kerana hilang sumber pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

via GIPHY

Menurut Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kelulusan itu diberikan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menurutnya lagi, “Setelah berunding dengan pelbagai persatuan, kami telah membuat pembentangan dalam mesyuarat menteri mengenai Covid-19 yang mana hampir separuh anggota Kabinet hadir.” Good bargain!

“Kami membentangkan permohonan bagi membenarkan pembikin filem sama ada yang ingin melakukan penggambaran drama, dokumentari atau iklan dibenarkan berbuat demikian.”

Baca: 4 Tip Mudah Berjimat Cermat Beli Baju Raya

Penggiat industri perfileman dibenarkan melakukan penggambaran namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bermula selepas hari raya. Kerajaan akan meneliti butiran SOP yang dikemukakan untuk industri filem dan iklan sebelum membuat keputusan selepas ia di bentangkan dalam mesyuarat khas jawatankuasa peringkat menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa lepas.

via GIPHY

Manakala berkaitan dengan mengadakan persembahan langsung masih lagi dalam perbincangan. “Buat masa ini, mereka (jawatankuasa) berkata mereka perlu mengadakan penilaian bagi jumlah khalayak yang lebih besar, di dalam dewan atau tempat orang ramai bertemu untuk menonton wayang atau persembahan.”

via GIPHY

 

Menurutnya lagi, mereka tidak mempunyai keputusan namun mereka telah membentangkan kes itu dan sekurang-kurangnya mereka memerlukan petunjuk mengenai bila persembahan langsung akan dibenarkan.

Dengan adanya SOP yang ditetapkan dan kebenaran untuk melakukan pengambaraan semula, semoga anda semua dapat menjaga diri anda supaya tidak berlaku semula penularan wabak Covid-19 secara besar-besaran.

 

Baca: Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Bernama

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna