Aktiviti Pembersihan Yang Sering Terlepas Pandang Selepas Mengadakan ‘Open House’

Pejam celik, pejam celik dah nak lebih seminggu kita berada di bulan Syawal. Cepat betul masa berlalu kan? Mana yang anak perantauan pasti sudah pulang ke bandar untuk melakukan rutin harian mereka. Iyalah, cuti seminggu je kan? Ke ada yang cuti lebih seminggu? ihiks!

BACA:

Kelakar! Keletah Si Kecil Di Pagi Raya Ini Pasti Buat Anda Terhibur

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bila tiba bulan Syawal kebanyakan kita pasti akan mengadakan rumah terbuka, sampai boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja jemputan makan-makan ke rumah kawan atau saudara. Kami juga yakin anda pun bakal mengadakan rumah terbuka juga kan?

Sumber: google

Tapi, artikel ni bukan nak cerita bagaimana nak mengadakan rumah terbuka tapi Donna nak kongsikan tip kemaskan rumah lepas mengadakan rumah terbuka. Ha.. Bukan perkara mudah tau nak bersihkan rumah lepas yang berkecah. Jom baca tip ni…

Permaidani

Habis je sesi rumah terbuka, kemaskan dulu bahagian permaidani. Buang segala kotoran dan sisa makanan yang terlekat. Gulung dan jemur di bawah matahari. Kalau tak nanti rumah akan tetap kotor dan berbau hapak. Nak ke?

via GIPHY

Dinding

Biasalah, bila dah jemput kawan-kawan yang dah ada anak-anak tu mesti ada sorang dua anak mereka yang agak nakal sampai dinding rumah pun di sapunya makanan Euw! Untuk menanggalkan sisa kotoran di dinding, anda perlu ambil span atau kain yang sudah dibasahkan dan lap dengan menggunakan serbuk baking soda.

Sumber: tabloid nova

Mop lantai

Tak ramai yang mop lantai lepas mengadakan rumah terbuka. Bagi mereka, cukup sekadar menyapu saja. Oh tidak! Ini membuatkan lantai rumah melekit-lekit. Yucks! Pastikan anda mop 2 kali bilas, yang pertama menggunakan sabun, yang kedua menggunakan air biasa. Lantai rumah pasti sedap bila dipijak.

via GIPHY

Nampak je mudahkan? Tapi, tak ramai yang buat aktiviti pembersihan ni lepas mengadakan rumah terbuka. Selamat mencuci!

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna