Aktiviti Atas Katil Yang Best Sempena ‘Anniversary’ Bersama Pasangan

Ulang tahun perkahwinan hanya muncul sekali setahun. Selalunya pasangan yang sudah berkahwin mereka akan menyambut bersama untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan menunjukkan rasa kasih sayang mereka.

Pelbagai kejutan dan perkara yang akan dilakukan pada hari istimewa tersebut. Tapi, bosanlah kalau setiap tahun buat benda yang sama iaitu keluar makan malam bersama ditemani dengan lilin dan taburan kelopak bunga ros!

Sumber: pexels

Lebih-lebih lagi, bila suami je buat kejutan waktu ulang tahun anda. Sekali-sekali anda mesti teringin lakukan sesuatu. Apa kata, tahun 2019 nanti anda pula yang memulakan langkah.

Seperti biasa, Donna akan memberi idea yang paling mudah dan senang untuk para wanita menghadiahkan si suami yang mungkin suami anda tidak akan lupakan! Ihiks! Antaranya adalah…

Tutup mata mereka dengan kain

Walaupun pasangan anda tidak gemarkan kejutan tetapi, kali ini Donna yakin mereka akan sukakannya!

Apa yang anda perlu lakukan adalah, minta mereka duduk, tutupkan mata mereka dan lakukan sentuhan yang mengoda sambil membuka sehelai demi sehelai baju mereka.

Sumber: internet

Langkah seterusnya mungkin anda sudah tahu apa yang perlu anda lakukan untuk membuat pasangan anda terasa disayangi dan istimewa pada hari bahagia anda. Jika boleh, biarkan ia berakhir tanpa dia melihat anda beraksi!

Sentiasa beraksi di atas!

Sebelum ini, mungkin suasana di dalam bilik hanya biasa-biasa saja. Apa kata anda lakukan perbezaan pada kali ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah pasangkan lilin yang berbau wangi.

Sumber: pexels

Ketika pasangan anda masuk ke dalam kamar, berikan senyuman yang menggoda dan berikan mereka belaian manja yang penuh kasih sayang. Kalau boleh, anda sentiasa berada di atas mereka untuk beraksi.

Bahasa tubuh yang seksi

Sebelum pasangan anda pulang dari kerja, hantarkan mereka gambar-gambar seksi anda dengan mesej yang mengatakan anda tidak sabar menunggu mereka pulang.

Bila pasangan anda sudah tiba di rumah, pasti suami anda teringatkan gambar-gambar seksi yang anda hantar. Jadi, pastikan anda sudah mengenakan baju yang seksi, wangian pada badan yang mengiurkan serta aksi yang menghairahkan untuk menunggu si suami menerkam anda.

Sumber: pexels

Jangan berasa malu, kadang-kadang anda perlu tunjukan kenakalan ketika melakukan hubungan intim. Barulah pasangan anda bertambah sayang! Lagipun, kalau bukan anda, siapa lagi?

Cukup sampai sini saja Donna bagi idea. Yang penting anda kena sentiasa bertenaga. Jangan mudah berasa lemah dengan cepat ketika melakukan seks. Biarkan suami anda yang meminta untuk berhenti! Ahaks! Selamat mencuba.

Sumber: cosmopolitan

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna