Aktifkan ‘Parental Control’ Untuk Selamatkan Keselamatan Si Manja

Di media sosial sedang hangat membincangkan tentang kes pembunuhan, penculikan dan kehilangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan. Lebih mengerikan, kebanyakan mayat kanak-kanak yang dijumpai dalam keadaan menyayat hati.

Misalnya kes adik Adam Rayqal mayatnya ditemui dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya dan kes adik Nurin Jazlin Jazimin di mana tubuhnya dah tak bernyawa ditemui dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di tepi tangga premis kedai di Petaling Jaya. Belum lagi kalau buka satu persatu kes kanak-kanak di Malaysia.

Ibu mana yang hati tak runtun bila mendapat tahu anak yang dilahirkan cukup sifat akhirnya mati dalam keadaan tragis? Itu baru kes pembunuhan, kalau kami buka kes pedofilia? Pasti lebih banyak cuma tidak diketengahkan je.

Untuk mengelakkan perkara sebegini dari berlaku, mahu atau tidak anda harus memberi perhatian lebih kepada si manja serta didik supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling. Antaranya…

Ajar mereka pendidikan seksual

Jangan bataskan mereka dengan pendidikan seksual. Sebaiknya terangkan kepada mereka tentang pendidikan seksual supaya mereka tahu mana satu sentuhan seksual, mana satu gurauan sentuhan.

Percaya, percaya dan percaya !!!

Bila anda sudah memberitahu mereka tentang pendidikan seksual, secara automatik si kecil akan beritahu anda apa yang mereka lalui. Waktu tu, percaya pada mereka. Jangan ambil ringan dengan aduan dari mereka. Ingat! Kanak-kanak tak pernah menipu jika mereka rasa diri mereka terancam.

Awasi mereka!

Pastikan anda duduk sekali bersama dengan si kecil jika mereka sedang menonton rancangan kegemaran mereka. Tak kira menerusi telefon pintar mahupun kotak televisyen. Sekurang-kurangnya anda tahu apa initipati sebuah rancangan tersebut.

Jika mereka jadi pendiam tiba-tiba…

Ha.. Part ni, jangan ambil mudah. Panggil si manja duduk berdua dengan anda dan cuba cungkil. Pastikan guna dengan nada lembut supaya mereka rasa diri mereka selamat untuk kongsi cerita bersama anda.

Perhatikan siapa mereka bermain

Jika mereka nak bermain di luar, lihat dari jauh dengan siapa mereka bermain. Jika tak dapat awasi mereka dari jauh, sebelum mereka keluar tanya terlebih dahulu dengan siapa mereka ingin bermain dan pesan untuk bermain sekitar rumah saja dan jika boleh, ajar mereka untuk lari ke rumah terus bila ada orang yang tak kenal panggil.

Tukar pakaian

Bukan saja penculik yang kita nak elakkan tapi golongan fidofilia juga. Langkah awal untuk mengatasi masalah ini adalah dengan didik si manja berasa malu bila tukar pakaian depan orang atau saudara-mara.

Elakkan juga anak anda tidak berpakaian bila tetamu datang ke rumah. Kita tak tahu isi hati setiap orang, kadang-kala suami yang kita sayang pun boleh jadi seorang fidofilia. Siapa tahu, betul tak?

“Jangan duduk atas riba..”

Nampak je perkara ni enteng tapi kalau si kecil terlampau selesa dengan orang. Agak bahaya. Jika anda lihat kes-kes pedofilia sebelum ini yang pernah menjadi isu hangat di seluruh Malaysia di mana atuk mereka sendiri jadikan cucunya mangsa pedofilia. Apakah salah kita sebagai ibu untuk wujudkan sikap berhati-hati walaupun dengan ahli keluarga sendiri?

Mungkin ada di antara kita mengatakan “kalau benda ni nak jadi, jadi jugak”. Ya, memang betul tapi sekurang-kurangnya kita berusaha menghindari dari perkara buruk berlaku. Okayla, nak pesan kat anak-anak kami pula. Bye!

Untuk bacaan artikel lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel di sini:

Ibu Bapa Harus Awasi Si Kecil Dari Menjadi Mangsa Fidofilia! ,

 Kembalikan Semula Kepercayaan Ibu Bapa Terhadap Pengasuh Atau Taska!

 

Keyword : DonnaXsangkar

 

 

 

Sumber: publichealthmalaysia

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna