Aksi Kanak-Kanak, Nenek Dan Beyblade Buat Ramai Geli Hati

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak kita dahulu di mana kita semua sanggup berpanas dan berhujan sampai terleka waktu Maghrib semata-mata ingin bermain permainan gasing, galah panjang, baling selipar, konda-kondi, lompat getah, lompat tikus, sorok-sorok, tarik upih, teng-teng, tikam guli, sepak bulu ayam dan macam-macam lagi.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini permainan gasing moden atau lebih popular dipanggil beyblade sudah menjadi satu fenomena dalam kalangan kanak-kanak sekarang dan semakin mendapat perhatian. Sehinggakan ada yang sanggup bawa lari kuali si ibu di dapur untuk dijadikan gelanggang bebyblade! 

Alahai adik, jangan tak berasap dapur si ibu tu sebab tak ada kuali. Parah dah ni!

Lebih menggelikan hati kami lagi apabila sebuah video yang menunjukkan reaksi seorang nenek melayan cicitnya bermain beyblade kelihatan bersungguh bila beyblade yang dipusingkan berlaga antara satu sama lain.

Comel betullah nenek ni. Untung cicit dia dapat moyang sporting!

Video tersebut tular sehingga mendapat lebih kurang 13 ribu retweet sejak pagi semalam dimuat naik oleh seorang pengguna twitter yang menggunakan nama @iamajayrahman.

Tidak cukup dengan itu, lebih 17 ribu komen membanjiri posting tersebut. Rata-rata mereka mengatakan nenek tersebut comel dan mengingatkan pada arwah nenek mereka.

Comelnya nenek tu gelak…

Rindu nenek…

Sumber: @iamajayrahman

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna