Aksi Ganas Atas Katil Bukan Sekadar Imaginasi

Hubungan intim dalam bentuk ganas atau BDSM (bondage, dominance, sadism and masochism) adalah sejenis aksi di ranjang yang melibatkan satu amalan dinamik.  Pasti sebahagian dari anda pernah menonton Fifty Shades of Grey kan?  Ayuh selami elemen cara ganas atas katil untuk pengetahuan bersama.  

Dapatkan Persetujuan 

Para pelaku aksi ganas di ranjang atau BDSM lebih menggemari elemen disiplin, dominan, submisif dan lain-lain perkara yang difikirkan dapat meningkatkan keupayaan diri mereka. Namun awas! Tidak semua orang dapat menerimanya.  Sebelum memulakan langkah, pastikan anda mendapat persetujuan dari pasangan.

Bangkitkan Ghairah

Foreplay merupakan salah satu faktor penting ketika peringkat awal untuk membangkitkan ghairah.  Ianya dapat diekspresikan melalui sentuhan intim seperti meraba, memeluk, mencium dan lain-lain. Terikat dengan budaya masyarakat Timur, tidak ramai wanita berani menyuarakan keinginan seksual sendiri kepada pasangan kerana takut dilabel ganas atau terlalu demand.

Saling Berbincang

Bagi mengelakkan anda dan pasangan melalui kehidupan hubungan intim yang hambar, tidak salah anda berdua duduk berbincang mengenai cara untuk mencapai klimaks bersama-sama. Jika anda berasa malu untuk menyuarakannya secara berdepan, guna sahaja medium komunikasi lain seperti WhatsApp atau email. Tapi rugilah pula kalau pasangan anda bukan sejenis spesis yang alert dengan benda ini semua. Mungkin terlalu fokus dengan kerja di pejabat ? Keempunan pula nanti…

Jangan Terburu-buru

Setiap wanita mendambakan belaian seorang lelaki, jangan terburu-buru mencapai organ intim pasangan anda hanya kerana anda berasa terangsang dan sudah bersedia ke peringkat seterusnya. Walhal pasangan anda baru sahaja berasa teruja. 

Imbangi Keinginan

Mengimbangi keinginan pasangan dan keinginan sendiri adalah titik utama dalam kesejahteraan rumah tangga. Setelah persetujuan dicapai untuk bersama secara lebih agresif, anda dan pasangan patut boleh membaca bahasa tubuh masing-masing.

Capai Klimaks

Perbuatan seperti memukul, mengigit atau meninggalkan tanda sehingga lebam adalah ritual biasa dalam seks ganas. Pasangan yang dirangsang melalui kesakitan berasa lebih puas dan cepat mencapai klimaks. Malah kesakitan yang dirasai juga mampu merangsang pengeluaran hormon dalam badan. Dalam konteks hubungan seks ganas, hormon serotonin dan dopamin dijana seiring ketika anda dan pasangan sedang beraksi. 

Hangatkan Seks Ganas Dengan: 

  • Jeritan 

Jangan takut untuk melontarkan vokal. Pasangan akan lebih teruja seolah-olah anda sedang memuji effort dia untuk memenuhi kehendak seksualiti anda. Desahan suara sewaktu klimaks juga merupakan dorongan kepada si lelaki berusaha lebih keras. 

  • Gigitan 

Serlahkan nafsu ‘binatang’ anda dengan mengigit sekadar cukup untuk merangsang pasangan dan tidak untuk memutuskan urat sehingga mengundang kecederaan. Sentiasa peka terhadap penerimaan pasangan dan sesekali bertanya jika dia ok. 

  • Cakaran

Gunakan kuku anda untuk mencakar bahagian belakang pasangan sehingga membentuk garisan. Luka kecil yang terhasil akan melonjakkan adrenalin pasangan.

  • Menarik rambut

Mempunyai rambut yang panjang merupakan satu bonus, ia boleh digunakan sebagai props. Pegang kemas rambut pasangan anda dan sesekali tarik ke bahagian dada anda sebelum menghadiahkan kucupan mesra di pipi pasangan. 

  • Pergerakkan agresif

Berhati-hati dengan sebarang pergerakkan agresif kerana ia boleh mengundang bahaya, lebih-lebih lagi pada alat kelamin lelaki yang mampu patah jika tersalah teknik. Jangan terlalu terbuai sehingga memaksa kemasukan alat sulit. Seks yang sepatutnya dipenuhi berahi tidak perlu berakhir dengan kesakitan. 

  • Tamparan 

Tampar satu sama lain di bahagian muka atau dada, jika posisi anda sedang membelakangi pasangan. Bahagian paling sensitif buat wanita tentu sahaja di bahagian punggung. 

  • Sesak nafas

Seks ganas sering melibatkan tindakan seperti mencekik pasangan, sehingga pasangan kelihatan tercunggap-cunggap dan terdesak untuk mendapatkan udara. Awas, jika anda tidak pasti, abaikan sahaja teknik ini. Anda boleh beralih kepada alternatif  lain seperti meletakkan tangan anda di tengkuk pasangan dan melakukan urutan secara kasar.

  • Penggunaan kata kesat 

Jika selama ini, anda dan pasangan hanya bersayang-sayang di dalam kamar, ini adalah peluang anda untuk menjadi lebih dominan. Panggil sahaja apa yang dirasakan boleh membangkitkan syahwat anda dan pasangan. 

  • Berfantasi

Adalah normal bagi pasangan untuk menghidupkan watak ‘baru’ demi kelangsungan hubungan intim. Bisikkan tindakan anda terhadap pasangan atau reka situasi yang mendebarkan pasangan. Kemudian pastikan pasangan anda faham apa yang sedang berlaku. Sedih pulak kalau syok sendiri kan?

  • Ikatan 

Ikat tangan pasangan anda ke bahagian kepala katil atau gunakan sahaja tenaga anda untuk menekan tangannya rapat ke tilam. Pasangan anda akan berasa tidak berdaya untuk melawan dan turn on pada masa yang sama. Anda juga boleh menggunakan gari yang boleh didapati secara online atau kunjungi kedai menjual alat bantuan seks. 

Setiap pasangan harus mengambil inisiatif tersendiri bagi memastikan api cinta tidak terpadam begitu sahaja. Jadikan hubungan intim sebagai jambatan untuk saling melengkapi keperluan seksualiti satu sama lain. Tidak salah mengikut rutin tetapi jangan sampai pasangan anda memberontak dalam diam. Seks ganas atau romantik tidak menjadi isu asalkan kedua belah pihak selesa dan merasa bahagia. 

 

 

Penulis : Aya Rahim

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna