Akhirnya Ebit Lew Berjaya Buka 10 Cawangan Kedai ElewsMart!

Seperti kita semua tahu, pendakwah bebas Ebit Lew sejak kebelakangan ni mula mengaktifkan diri dengan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Malah, pertolongannya itu lebih daripada mencukupi.

Diberi tempat tinggal yang ditanggung penuh selama mereka tinggal disitu, kelengkapan rumah, pakaian dan kenderaan baru, stok makanan sehinggakan yuran sekolah pun dibiayai penuh oleh Ebit Lew sendiri. Fuh! Memang serba lengkap bantuan diberikan. Bukan atas dasar populariti dan cukup syarat.

Teruskan berjihad…

Sampaikan ada beberapa pihak yang cuba menghalang dirinya dari melakukan kebaikan. Kononnya tidak meminta izin dari pihak atasan dan melanggar undang-undang sewaktu musim PKP. Hm, macam-macamlah manusia ni.

Tapi, Ebit tetap terus dengan perjuangannya kerana kepuasan dan kebahagiaan bagi dirinya adalah melihat banyak orang tersenyum keluar dari kepompong kesusahan hidup. Kini, lebih hebat lagi apabila dia berjaya membuka 10 cawangan kedai runcit di bawah nama ElewsMart untuk membantu lebih ramai lagi orang kurang berkemampuan.

Doakan saya!

Menurut coretannya melalui akaun Facebook miliknya, dia ingin membuat kebaikan walau sedikit tapi berterusan jadi dari situlah tercetusnya idea pembukaan mart. Sekaligus dirinya dapat membantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya nak buat food bank di setiap ElewsMart dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah supaya dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan. Sekarang kedai mart saya tengah ubahsuai” jelasnya.

Beliau juga memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan kerana 10 cawangan bakal dibuka iaitu di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Tak sabar nak memborong barang dekat ElewsMart!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

“Buat Baik Pun Tak Diterima..” – Sajat Dihentam Bila Ikut Cara Ebit Lew

 

 

 

 

 

Sumber: facebookebitlew

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna