Akan Dibincangkan, Denda RM1,000 Gagal Pakai ‘Face Mask’ Sangat Tinggi!

Isu face mask sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu sering dibincangkan sama ada masalah jenis, harga, siapa yang perlu pakai dan kawasan diwajibkan memakai face mask.

Kini, isu tentang denda yang dikenakan bagi mereka yang gagal memakai pelitup muka pula dibahaskan di Dewan Rakyat. Perkara ini diusulkan oleh Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) mengikut Peraturan 18(1) selepas mengemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Sumber: cariangoogle

Idea yang bagus!

Bagus juga kerana minggu lepas kecoh di media sosial tentang denda yang dikenakan ke atas seorang pelajar kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul kerana dikatakan untuk bernafas sekejap.

Alahai kesian dia. Manalah nak cari duit sebanyak tu…

RM1,000 sangat tinggi!

Sebelum itu, Yii ketika membentangkan usul itu memaklumkan denda RM1,000 dikenakan adalah tinggi dan membebankan terutama bagi rakyat tidak berkemampuan, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar.

Tambahnya lagi, terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai definisi tempat sesak selain penguatkuasaan tidak tentu serta hukuman denda berat kepada golongan kurang berkemampuan terutama B40.

Sumber: trp

“Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk meminda akta berkenaan dan menurunkan denda RM1,000 khususnya bagi kesalahan tidak memakai pelitup mula di tempat sesak,” katanya.

Harap perbahasan dalam Dewan Rakyat yang berlangsung 2.30 petang tadi memberi berita gembira buat kita semua dan jika denda dikurangkan, harap rakyat tak ambil kesempatan dengan tidak memakai pelitup muka.

Ingat! COVID-19 masih lagi ada dalam Malaysia.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Tertipu, Ini Cara Bezakan ‘Face Mask’ Palsu & Ori

Anda Kena Tahu Dekat Mana Kita Dibolehkan Buka ‘Face Mask’

 

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna