Akan Diasingkan! Perdana Menteri Israel Takut Dijangkiti COVID-19

Berita TV3 empat hari lepas melaporkan kekejaman Rejim Zionis apabila memusnahkan sebuah klinik khas untuk pesakit Koronavirus (COVID-19) di Palestin yang didirikan sejak Khamis minggu lalu.

Tak cukup dengan itu, penceroboh yahudi turut merampas bahan binaan lapan biji Khemah Klinik Khas untuk pesakit COVID-19 seperti tiang khemah, simen, blok batu-bata, penjana kuasa, bahan besi dan cadar.

Perkara tersebut telah mengundang kemarahan ramai pihak terutama sekali umat Islam. Iyalah, siapa sangka waktu penularan wabak berbahaya ini masih lagi bersikap tidak berperikemanusiaan.

Tapi, kuasa Allah siapa dapat lawan? Di saat saudara Islam tidak mampu membantu saudara di Palestin kerana pergerakan terhad akibat wabak ini, Allah memberi balasan setimpal.

Semua kakitangan Meneteri Kesihatan Israel dikuarantin…

Menurut laporan The Star semalam, Menteri Kesihatan Israel, Yaakov Litzman dan isterinya didiagnosis wabak Koronavirus dan akan diasingkan mengikut procedure yang betul.

Sumber: aljazeera

Perdana Menteri Israel dikuarantin juga…

Selepas saja pengumuman dilakukan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan Litzman dan akan membuat ujian COVID-19.

Bagaimanapun sebelum ini Benjamin pernah disyaki dijangkiti wabak ini dan telah membuat ujian COVID-19, hasilnya adalah negatif.

Tidak cukup dengan itu, kakitangan Litzman dan sesiapa yang pernah mempunyai kontak rapat Menteri Kesihatan mereka sepanjang dua minggu lepas, diminta untuk dikuarantin dan membuat ujian COVID-19.

Laporan terbaru kes COVID-19 2 April dikeluarkan oleh pihak KKM, seramai 6,092 rakyat Israel telah diuji positif COVID-19 di mana 26 orang telah meninggal dunia dan selebihnya sedang dirawat.

Bagaimana barisan hadapan COVID-19 nak bergerak melakukan tugasan dan membuat keputusan apabila Ketua Kesihatan negara mereka dikuarantin?

Apa pun, kita sama-sama doakan semua menteri Malaysia serta barisan hadapan COVID-19 terhindar dari wabak berjangkit ini dan vaksin untuk COVID-19 berjaya ditemui dalam masa terdekat ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tak Nak Kena ‘Jolok’ Duduk Rumah” – Doktor Ini Tunjuk Cara Rawatan COVID-19

Lihatlah Wajah-Wajah Gembira Pesakit COVID-19 Yang Sudah Pulih!

Sumber: aljazeerayttv3 , thestar

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna