Akak Honda Sembur Racun Serangga, Kini Suaminya Pula Mengamuk Guna Pedang

Baru-baru ini, sebuah rakaman video tular di media sosial bila seorang wanita menyembur racun serangga pada lelaki yang ingin menarik kereta kerana ingin melepaskan diri. Difahamkan situasi itu berlaku gara-gara wanita itu gagal melangsaikan hutang dengan pihak bank.

Baca artikel selanjutnya: Sangkut Hutang Bank, Wanita Ini Sembur Penyembur Racun Ketika Keretanya Ditarik

Kini, seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita tersebut membuat kecoh apabila pihak bank cuba untuk menarik kereta di rumah pula. Apa yang lebih memeranjatkan kami, suaminya menggunakan pedang untuk menghalau individu yang ingin menarik keretanya.

View this post on Instagram

A post shared by Lawak Ker Der (@lawak_ker_der) on

Video tersebut mendapat lebih 110 ribu tontonan selepas 18 jam dimuat naik di Instagram menerusi akaun Lawak Ke Der dengan kapsyen yang berbunyi…

Ada akal ke tak da ni?

Seperti biasa, netizen memenuhi ruangan komen dengan menghamburkan kata-kata nista pada lelaki tersebut.

Macam-macam perangai manusia ni kan. Jangan terlalu mengikut perasaan jika ingin selesaikan masalah. Kita perlu belajar untuk bertenang dan matang bila menghadapi masalah. Lebih-lebih lagi masalah tu berpunca daripada kita sendiri.

 

 

 

 

Sumber: instagram lawak ke der

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna