Ajar Si Kecil Simpan Duit Raya Untuk Masa Depan

Yay tengok ni adik dapat duit raya! Betapa seronoknya anak anda bila dapat duit raya, sudah menjadi rutin bila balik beraya di kampung mesti keluarga dan saudara mara menghulurkan duit pada si kecil walaupun masih bayi bak kata orang berkongsi rezeki betul tak? Tapi jangan biarkan duit raya anak terperam je dalam almari, apa kata anda ajar mereka untuk menabung di tempat yang betul lagi awal lagi bagus!

Baca:

Kelakar! Keletah Si Kecil Di Pagi Raya Ini Pasti Buat Anda Terhibur

Mungkin sekarang anda tidak nampak betapa pentingnya untuk mengajar tentang kewangan dan simpanan kepada anak-anak kerana ia melibatkan jangka masa yang panjang  tetapi anda harus ingat duit raya yang mereka dapat boleh digunakan ketika kecemasan, yuran universiti dan melangsungkan perkahwinan pada akan datang.

Related image

Sumber: mommyasia

Akaun Remaja ASB

Tak perlu lagi diperkenalkan, rata-rata ramai yang dah tahu mengenai Amanah Saham Bumiputera yang menjadi pilihan orang ramai untuk melabur dan membuat simpanan. Anda sebagai ibu bapa tidak perlu risau kerana risiko adalah rendah dan mempunyai kadar keuntungan yang tinggi dan kompetitif dengan pasaran. Bayi yang berusia enam bulan ke atas sudah boleh mula membuat pelaburan, jadi tunggu apa lagi?

SSPN-I

Bila anak nak masuk universiti mula lah garu kepala mana nak cari duit. Haa sebab tu anda kena mula dari sekarang untuk ajar anak anda menyimpan dan melabur di tempat yang betul kerana ia adalah jaminan untuk masa depan. Akaun SSPN sesuai dan boleh dibuka sejak anak berusia seawal satu tahun, untuk mengelakkan daripada hutang belajar anak anda perlu ada akaun ini lepas ini tak payah susah-susah lagi.

 

 

 

 

Sumber: majalahlabur

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna