Ajar Ilmu Hubungan Intim, Lelaki Ini Dedah Cara Hindar Jangkitan HIV Dalam Masa 72 Jam

Terdapat kira-kira 500,000 kes jangkitan HIV di negara ini dengan 120,000 daripada kes berkenaan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2018. Mendengarnya sahaja sudah membuatkan ramai gusar kerana rata-rata kita tahu, tiada ubat yang mampu mengubati mereka.

Tapi, sejauh mana kita mengetahui tentang HIV, transmisi dan cara pencegahan jangkitan ini? Ha.. penerangan ini anda boleh lihat menerusi satu rakaman video yang dikongsikan oleh pengendali akaun twitter @ilmu_seks. Video tersebut menerangkan tentang pencegahan jangkitan HIV dalam masa 72 jam. Biar betul!

Biar betul?

Apa itu Post Exposure Prophylaxis (PEP)?

Menurut individu yang menerangkan tentang isu ini, dengan adanya perubatan moden kini terdapat satu perubatan yang boleh mencengah diri anda dari dijangkiti HIV dalam masa 72 jam! Dengan syarat, anda harus mengetahui lebih awal bahawa diri anda terkena jangkitan ini.

Jom tonton sambungan video di atas…

Bagaimanapun, sudah lebih 3 dekad wabak HIV melanda negara kita dan pada tahun 2018, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dr. Lee Boon Chye menyampai khabar gembira di mana jangkitan ini menurun sebanyak lebih kurang 50 peratus dari tahun 2002 sehingga 2017 dalam satu Persidangan AIDS Kebangsaan Ke-4 (2018).

Hebat bukan Malaysia? Pastikan anda buat medical check-up setiap 6 bulan sekali.

 

 

Sumber: hmetro, twitter @ilmu_seks

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna