Ajaib! Fenomena Laut Terbelah Di Langkawi Setiap Kali Bulan Purnama

Di Malaysia, semua orang dah tahu Langkawi adalah destinasi pelancongan yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam sektor ekonomi negara. Selain dari lagenda Mahsuri yang terkenal, Langkawi juga mempunyai banyak pulau-pulau cantik.

Antara pulau yang unik dan indah termasuklah Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh, Kilim Geoforest Park dan sebagainya. Siapa yang pernah pergi, mereka tahulah betapa tenangnya tempat yang disebutkan tadi.

Sumber: Harian Metro

Terbaru, fenomena laut terbelah disebut-sebut di Langkawi dan hanya berlaku waktu bulan penuh. Ada beting pasir yang membolehkan kita semua berjalan sejauh 600 meter akibat air surut.

Ada tiga lokasi di Langkawi yang mengalami situasi ini seperti Pantai Tanjung Rhu, Teluk Datai dan Pantai Chenang. Dengan berjalan menyusuri beting pasir, anda berpeluang melihat ikan sebelah, gamat, belangkas dan kuda laut.

Sumber: Berita Harian

Untunglah mereka yang berdekatan dengan pantai-pantai yang mengalami fenomena laut terbelah ini. Bolehlah jalan-jalan sambil menikmati cahaya rembulan. Ewah, romantik betul.

Apa pun, fenomena ini sebenarnya boleh menarik ramai pelancong untuk berkunjung ke Langkawi. Resort yang terdekat pun dah boleh rancakkan lagi aktiviti berkenaan laut terbelah. Dengar kata ramai dah book hotel nak melancong di Langkawi, yuhhhh kita pergi bersama!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hijab and Heels

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna