Aiman Hakim & Bapa Mertuanya Panaskan Drama TV3 Hujung Minggu

Antara aktiviti malam hujung minggu adalah berjalan keluar tapi kalau dah musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memang tidaklah nak keluar jika tiada hal penting.

Lebih selesa duduk di rumah menghabiskan masa dengan menonton drama atau ikuti isu semasa menerusi laman media sosial. Bercakap tentang drama, kami tertarik untuk bercakap tentang satu drama TV3.

Drama berjudul, Bila Cupid Jatuh Cinta pada jam 9 malam di TV3 bermula 4 Julai lalu dan kini sudah pun episod kedua.

Episod 1 done🥰 #BilaCupidJatuhCinta

Posted by Naqiuddin Nasri on Saturday, July 4, 2020

Aiman beraksi dengan bapa mertua?

Apa yang menariknya drama TV3 kali ini adalah pelakon Aiman Hakim berlakon dengan bapa mertuanya, Zainol Macwilson. Jarang kita dengar menantu berkolaborasi dengan bapa mertua. Selalunya pasangan suami isteri berlakon dalam satu drama, kali ni lain pula!

Memang kena jaga pergaulanlah di set penggambaran sebab ada mata-mata Zahirah, ihiks! Jangan nakal-nakal ye Aiman! Tak ketinggalan, netizen juga rasa teruja kerana suami kepada Zahirah Macwilson berlakon dengan bapa mertuanya.

Kepada yang masih lagi tak tahu corak drama Lestari TV3 ini, drama ini mengisahkan seorang gadis bekerja di sebuah agensi dan ditugaskan mencari jodoh untuk anak rakan karib majikannya, Dani tapi konflik timbul apabila dirinya pula dah terjatuh hati dengan Dani, adoi!

Nak tahu apa kesudahannya dan bagaimana kolaborasi Aiman dengan bapa mertuanya, jangan lupa saksikan drama Bila Cupid Jatuh Cinta setiap hari sabtu jam 9 malam, okay?

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

6 Bahan Ini Dapat Melebatkan Pokok Durian

Senarai Buah Tangan Yang Boleh Bawa Bila Pertama Kali Jumpa Bakal Mak Mertua

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna